Rujukan

Showing posts with label russia. Show all posts
Showing posts with label russia. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

Huruf Russia


Tulisan bahasa Russia diasaskan oleh Santo Cyrilus dan Santo Methodius. Kedua-dua mereka itu datang dari Yunani (Greece) sekitar kurun ke-10 M. Mereka menterjemah kitab-kitab agama aliran Ortodoks ke bahasa Slav purba. Kini, huruf-huruf Cyrilus ini diguna di Russia dengan pengubahsuaian dan mempunyai 11 huruf vokal dan 20 konsonan. Ia turut mempunyai penanda bunyi. Jadi, bahasa Russia mempunyai 33 huruf semuanya.

А а a
Б б be
В в ve
Г г ge
Д д de
Е е ye
Ё ё yo
Ж ж zhe
З з ze
И и i    
Й й i kratkoye (y)    
К к ka
Л л el
М м em
Н н en
О о o
П п pe
Р р er
С с es
Т т te
У у u
Ф ф ef
Х х tse
Ц ц che
Ч ч sha
Ш ш scha
Щ щ tvordiy znak
Ъ ъ y
Ы ы myagkiy znak
Э э e
Ю ю yu

Я я ya

Bahasa Russia: Badan


голова galova kepala
лицо litzo muka
волосы volosi rambut
глаза glas mata
ухо ukha telinga
нос nos hidung
рот rot mulut
зуб zub gigi
рука ruka tangan
сердце cerdze jantung
желудок dzheludok perut
нога noga kaki
стопа stopa kaki (dari buku lali ke jari)

Thursday, March 13, 2014

Krimea Isytihar Merdeka dari Ukraine


Parlimen Krimea Isytihar Kemerdekaan dari Ukraine selepas Referendum

Parlimen Republik Autonomi Krimea memakai perisytiharan merdeka dari Ukraine yang diperlukan bagi referendum 16 Mac.

"Kami, ahli parlimen Republik Autonomi Krimea dan Majlis Kota Sevastopol, merujuk kepada Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan seluruh dokumen-dokumen antarabangsa lain, dengan mengambil kira pengesahan kedudukan Kosovo oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 22 Julai 2010, yang menyatakan bahawa perisytiharan merdeka sebelah pihak oleh sebahagian daripada sebuah negara tidak melanggar sebarang norma antarabangsa, membuat keputusan ini", sebut teks perisytiharan tersebut seperti yang diterbitkan dalam media Krimea.

Dokumen tersebut dipakai semasa sidang parlimen tergempar. 78 orang daripada 100 ahli parlimen mengundi untuk perisytiharan merdeka. Parlimen Krimea mengundi untuk merdeka menjadi sebuah negara berdaulat dengan permulaan referendum 16 Mac bagi Republik Autonomi Krimea dan kota Sevastopol untuk menyertai Russia.

Parlimen Krimea menawarkan dua pilihan pada slip undian referendum: Sertai Russia kini, atau sertai kemudian.
  • Parlimen Krimea mendedahkan rekabentuk kertas kotak undi yang akan diguna semasa pengundian.
  • Langsung tiada pilihan untuk rantau itu kekal sebagai wilayah Ukraine.
  • Presiden Ukraine mengisytiharkan referendum tersebut sebagai "haram" dan "penipuan".
  • Beliau menyatakan Russia menolak semua cubaan untuk rundingan.
  • Tidak jelas sama ada petugas awam Ukraine yang terperangkap di rantau itu dibenarkan hak undian.
  • Pihak berkuasa Kiev mengumumkan penubuhan Pengawal Kebangsaan baru.
  • Presiden US Barack Obama akan menerima kunjungan Perdana Menteri Ukraine di Rumah Putih.
  • US memulakan penggalian di Laut Hitam dengan Bulgaria dan Romania.
  • Kumpulan Tujuh Ekonomi Maju mendesak Russia supaya jangan gelojoh merampas Krimea.