Showing posts with label eu. Show all posts
Showing posts with label eu. Show all posts
Saturday, June 28, 2014
Monday, May 5, 2014
Dasar Kesihatan EU
Strategi Kesihatan EU
Dikenali sebagai "Bersama untuk Sihat" menyokong keseluruhan Strategi Eropah 2020. Eropah 2020 bertujuan untuk menjadikan Eropah sebuah kuasa ekonomi yang menyeluruh, cerdas, dan lestari selain mempromosikan pertumbuhan ekonomi untuk semua. Salah satu syaratnya itu adalah memastikan kependudukannya itu sihat.
Melabur dalam Kesihatan
Di samping mempunyai nilai-nilai tersendiri, kesihatan itu merupakan prasyarat ke arah kemakmuran ekonomi. Perbelanjaan yang telus untuk kesihatan mampu menyebarluas lagi kesihatan.
Eropah perlu pelaburan yang bijak dalam kesihatan.
- Melabur dengan lebih bijak tetapi tidak semestinya lebih untuk sistem-sistem kesihatan lestari.
- Melabur dalam kesihatan penduduk, terutamanya menerusi program-program promosi kesihatan.
- Melabur dalam liputan kesihatan sebagai satu cara mengurangkan ketidaksamarataan dan menangani pengasingan sosial.
Melabur dalam kesihatan - Dokumen Suruhanjaya Kakitangan Bekerja - Terbitan Feb 2013 sebagai sebahagian daripada Pakej Pelaburan Sosial untuk pertumbuhan dan keamanan sosial.
Bersama untuk Kesihatan
Strategi komprehensif EU Bersama, diperguna dalam tahun 2007:
- Memberi maklumbalas terhadap cabaran yang dihadapi oleh negara-negara anggota dengan memperkuat kerjasama dan koordinasi di seluruh EU.
- Menyokong dasar-dasar kesihatan kebangsaan negara anggota selari dengan artikel 168, Perjanjian Berfungsi Kesatuan Eropah.
Penilaian Suruhanjaya Eropah (2011) mendapati bahawa strategi ini bertindak sebagai rujukan bagi tindakan-tindakan yang diambil di peringkat negara anggota dan EU serta mengesahkan bahawa prinsip-prinsip dan matlamat yang dikenalpasti pada 2007 itu tetap kekal sah untuk beberapa dekad kemudian dalam usaha menuju ke Eropah 2020.
Labels:
bahasa melayu,
dasar,
eropah,
eu,
kesatuan eropah,
kesihatan,
polisi
Tuesday, November 20, 2012
Hak-Hak Asasi di Kesatuan Europa
Apakah Hak Asasi Itu?
Hak asasi menetapkan piawaian yang paling minima untuk memastikan bahawa seseorang itu dilayan sebagai seorang yang bermaruah. Sama ada ia adalah hak-hak untuk bebas dari diskriminasi berdasarkan umur, kelainan upaya, latarbelakang suku kaum, hak untuk perlindungan data peribadi atau hak untuk mendapatkan keadilan. Kesemua hak ini mestilah dipromosikan dan dilindungi.
Negara anggota Kesatuan Europa (EU) mempunyai tradisi yang lama dalam mempromosikan hak-hak asasi di benua tersebut. EU sendiri terasas daripada nilai-nilai ini dan sangat komited dalam memastikan hak-hak yang diisytiharkan dalam Piagam Hak Asasi Kesatuan Europa (CFREU). Agensi-agensi Kesatuan Europa untuk Hak Asasi (FRA) ditubuhkan sebagai badan bebas untuk menyokong usaha ini.
Di sebalik warisan ini, banyak juga cabaran yang menghalang keterusan amalan melindungi hak-hak asasi ini. Menerusi pengumpulan dan penelitian data di EU, FRA membantu institusi-institusi EU dan negara anggota EU dalam memahami dan menangani cabaran-cabaran ini. FRA memainkan peranan penting dalam membantu menjadikan hak-hak asasi sebagai satu realiti bagi barangsiapa yang tinggal di Kesatuan Europa dengan kerjasama institusi EU, negara anggota EU dan pertubuhan dalam peringkat EU dan negara anggota serta antarabangsa.
Labels:
eu,
fundamental,
hak asasi,
human rights,
kesatuan europa
Subscribe to:
Posts (Atom)

