Rujukan

Showing posts with label kesatuan eropah. Show all posts
Showing posts with label kesatuan eropah. Show all posts

Saturday, June 28, 2014

Monday, May 5, 2014

Dasar Kesihatan EU


Strategi Kesihatan EU

Dikenali sebagai "Bersama untuk Sihat" menyokong keseluruhan Strategi Eropah 2020. Eropah 2020 bertujuan untuk menjadikan Eropah sebuah kuasa ekonomi yang menyeluruh, cerdas, dan lestari selain mempromosikan pertumbuhan ekonomi untuk semua. Salah satu syaratnya itu adalah memastikan kependudukannya itu sihat.

Melabur dalam Kesihatan

Di samping mempunyai nilai-nilai tersendiri, kesihatan itu merupakan prasyarat ke arah kemakmuran ekonomi. Perbelanjaan yang telus untuk kesihatan mampu menyebarluas lagi kesihatan.

Eropah perlu pelaburan yang bijak dalam kesihatan.
  • Melabur dengan lebih bijak tetapi tidak semestinya lebih untuk sistem-sistem kesihatan lestari.
  • Melabur dalam kesihatan penduduk, terutamanya menerusi program-program promosi kesihatan.
  • Melabur dalam liputan kesihatan sebagai satu cara mengurangkan ketidaksamarataan dan menangani pengasingan sosial.
Melabur dalam kesihatan - Dokumen Suruhanjaya Kakitangan Bekerja - Terbitan Feb 2013 sebagai sebahagian daripada Pakej Pelaburan Sosial untuk pertumbuhan dan keamanan sosial. 


Bersama untuk Kesihatan

Strategi komprehensif EU Bersama, diperguna dalam tahun 2007:
  • Memberi maklumbalas terhadap cabaran yang dihadapi oleh negara-negara anggota dengan memperkuat kerjasama dan koordinasi di seluruh EU.
  • Menyokong dasar-dasar kesihatan kebangsaan negara anggota selari dengan artikel 168, Perjanjian Berfungsi Kesatuan Eropah.
Penilaian Suruhanjaya Eropah (2011) mendapati bahawa strategi ini bertindak sebagai rujukan bagi tindakan-tindakan yang diambil di peringkat negara anggota dan EU serta mengesahkan bahawa prinsip-prinsip dan matlamat yang dikenalpasti pada 2007 itu tetap kekal sah untuk beberapa dekad kemudian dalam usaha menuju ke Eropah 2020.

Monday, March 25, 2013

Bahaya Perdebatan mengenai Imigresyen dan Multikulturalisme

 

Kertas kerja ini diperkenalkan oleh Durukan Kuzu dan dipersembah oleh Prof. Özkırımlı pada hari Isnin 4 hb Februari 2013 di London School of Economics and Political Science (LSE). Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menarik perhatian orang ramai kepada sifat bahaya perdebatan terbaru mengenai imigresyen dan multikulturalisme dalam Eropah yang fobia dengan kepelbagaian budaya. Ia bukan sahaja disebabkan oleh krisis ekonomi, tapi juga oleh krisis normatif iaitu krisis nilai-nilai yang selalunya terlebih diberi perhatian atau diperguna oleh ahli politik dan ahli akademik. Atau mungkin juga sebagai epifenomena yang dianggap akan hilang apabila keseimbangan kewangan dipulihkan.

Prof. Özkırımlı akan menghujahkan dalam konteks ini bahawa nasionalisme (dalam setengah kes mungkin juga perkauman terus) merupakan punca kepada pemahaman mengenai bagaimana timbulnya krisis ini. Ia merupakan perintis yang bertindak sama ada sebagai satu penyebab atau satu punca, dan hampir selalu juga sebagai punca kepada perundangan yang begitu ketat. Diikuti oleh kritikan ringkas daripada kesusasteraan bertulis berkenaan dengan dakwaan tentang "kematian" multikulturalism - bahagian akademik daripada bidang yang sama - beliau akan menyimpulkan dengan melakarkan garisan normatif daripada model alternatif bagi multikulturalisme atau kepelbagaian budaya yang menekankan kepentingan idea berkenaan mengenalpasti, pembahagian semula dan juga penyertaan.

Sunday, May 6, 2012

Mengapa Italia Terlibat dalam Masalah Krisis Hutang Eropah?

Esok aku perlu membentangkan kepada kelas aku mengenai masalah ekonomi yang dialami oleh negara anggota Kesatuan Eropah. Aku merupakan pelajar pertama dalam kelas yang akan membentangkannya. Jadi aku perlu bentangkan mengenai masalah ekonomi di negara Italia. 

Dalam laporan CNN dalam bulan lapan tahun 2011 oleh Laura Smith-Park ada tersebut bahawa Italia didapati terlibat dalam masalah ekonomi. Kebimbangan bahawa ia mungkin akan menyebabkan kegagalan kepada Italia kerana hutangnya yang besar. Hal ini mungkin menyebabkan kerajaan Italia pimpinan Perdana Menteri Silvio Berlusconi terpaksa meminjam dan meminta bantuan pakar perundangan dalam usaha untuk menyelamatkan pasaran.   

Pasaran saham di Amerika Serikat dan Eropah mula bertenang sedikit di tengah-tengah kebimbangan yang masalah sebegini kelihatan di merata-rata tempat di Eropah dan mungkin membawa kepada kejatuhan ekonomi Italia juga.

Makanya, apakah yang menyebabkan krisis di serata ekonomi ketiga terbesar di Eropah ini? Apakah maknanya kepada Eropah dan dunia jika ia memuncak?

Senior Felo di Institusi Brookings dan bekas ahli lembaga eksekutif IMF, Domenico Lombardi menyatakan bahawa punca masalah di Italia ini adalah disebabkan oleh hutang awam yang besar serta kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah.

Ekonomi Italia meningkat hanya 0.3%. Penting sekali untuk diambil perhatian adalah apabila ia dijangka berkembang pada kadar yang sama tapi lemah untuk beberapa tahun berikutnya. Kadar pertumbuhan ini merupakan kadar pertumbuhan yang paling lemah di dunia. Utama sekali, Italia mempunyai kadar hutang awam yang tinggi.  

Hutang awam Italia mewakili kira-kira 120% keluaran dalam negara kasarnya (GDP). Dalam lain perkataan, ia adalah seperlima lebih dari pengeluaran ekonomi tahunan negara. Ia merupakan yang tertinggi di dunia, setara dengan Yunani yang perlu untuk diselamatkan oleh kerajaan Eropah.  

Dengan dua faktor ini diletakkan bersama dalam Italia, nampak jelas lah bahawa ekonomi tidak akan mampu untuk menjana sumber bagi membayar hutang tersebut.

Ketua eksekutif pusat yang berpangkalan di London bagi Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan, Encik Douglas McWilliams menyatakan bahawa beliau percaya bahawa Italia langsung tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan yang kukuh bagi menghalang nisbah GDP nya daripada meningkat ke tahap yang tak mampan.  

McWilliams turut memberi amaran dalam satu laporan hari Khamis yang Italia "terikat dengan kegagalan" berkaitan hutangnya. Sebagaimana Yunani tak mampu mencari jalan melepaskan diri dari masalah hutangnya, maka hal yang sama juga berlaku dalam kes Italia.

Berlusconi cuba untuk menenangkan kebimbangan tersebut dengan menyatakan kepada Parlimen hari Rabu bahawa cabaran ekonomi yang dihadapi oleh Italia ini perlu dihadapi dengan keazaman dan tidak panik. Berlusconi menyebut bahawa mereka tidak menafikan mereka sedang dalam krisis tetapi bertegas bahawa bank-bank di Italia, institusi dan sistem politik mereka cukup kuat untuk mengatasi masalah ini. 

Berlusconi juga menegaskan bahawa ekonomi Italia adalah kukuh. Bank-bank Italia juga kukuh. Institusi kewangan dipermodal dan mempunyai kecairan. Mereka di bahagian kewangan berjaya mengatasi ujian-ujian tekanan. Walau bagaimanapun, ucapan Berlusconi itu ringannya menyentuh langkah dasar konkrit. Penganalisis menyatakan bahawa ia mungkin tak cukup untuk menghalang spekulator pasaran yang kini sedang memerhatikan Italia untuk dijadikan mangsa.   

Tuesday, December 28, 2010

Ciri-Ciri Pembuatan Dasar

1. Ada pembangunan bertahap-tahap. Benda ni takdak penamat. Selalu saja ada pindaan.

2. Untuk mencapai matlamat sama, jugak kepentingan yang sama. Ni lah tujuan utama pembuatan dasar.

3. Dasar ni mencerminkan perubahan dari kesatuan ekonomi kepada kesatuan politik. negara-negara ahli yang jadi peserta KE akan kehilangan sikit kedaulatan dia di Brussels. Lagi pon tak semua negara ikot kepada peraturan dalam KE.