Rujukan

Showing posts with label eropah. Show all posts
Showing posts with label eropah. Show all posts

Saturday, June 21, 2014

B. Jerman: Die Familie Adalrik


21 Jun 2014, Sabtu, 23:54 p.m

Silakan baca nota perlahan-lahan!

Dies ist die Familie Adalrik.....

Vater heißt Walter Adalrik.
Die Mutter heißt Florentina Adalrik.
Das erste Kind heißt Karulus.
Das zweite Kind heißt Wilhelmus.
Das dritte Kind heißt Mika.

Wortschatz

der Vater bapa
die Mutter ibu
das Kind anak

erste pertama
zweite kedua
dritte ketiga
vierte keempat

heißt dipanggil, bernama
die Familie keluarga

Die Familie

der Sohn anak lelaki
der Bruder saudara lelaki
der Mann lelaki, suami
 
die Tochter anak perempuan
die Schwester saudara perempuan
die Tante emak menakan
die Eltern ibu bapa, orang tua
die Frau perempuan,bini
die Kinder anak-anak
die Großmutter nenek 

Wichtige Redemittel

Perkataan diperguna sehari-hari...

Guten Tag hari yang baik
Guten Morgen selamat pagi
Guten Abend selamat petang
Gute Nacht selamat malam

Wie heißen Sie? siapa nama kamu?
Ich heiße Edgar namaku Edgar
Wie heißt her? siapa nama dia (maskulin)
Er heit Jonker namanya Jonker
Auf Wiedersehen! semoga bertemu lagi!

Monday, May 5, 2014

Dasar Kesihatan EU


Strategi Kesihatan EU

Dikenali sebagai "Bersama untuk Sihat" menyokong keseluruhan Strategi Eropah 2020. Eropah 2020 bertujuan untuk menjadikan Eropah sebuah kuasa ekonomi yang menyeluruh, cerdas, dan lestari selain mempromosikan pertumbuhan ekonomi untuk semua. Salah satu syaratnya itu adalah memastikan kependudukannya itu sihat.

Melabur dalam Kesihatan

Di samping mempunyai nilai-nilai tersendiri, kesihatan itu merupakan prasyarat ke arah kemakmuran ekonomi. Perbelanjaan yang telus untuk kesihatan mampu menyebarluas lagi kesihatan.

Eropah perlu pelaburan yang bijak dalam kesihatan.
  • Melabur dengan lebih bijak tetapi tidak semestinya lebih untuk sistem-sistem kesihatan lestari.
  • Melabur dalam kesihatan penduduk, terutamanya menerusi program-program promosi kesihatan.
  • Melabur dalam liputan kesihatan sebagai satu cara mengurangkan ketidaksamarataan dan menangani pengasingan sosial.
Melabur dalam kesihatan - Dokumen Suruhanjaya Kakitangan Bekerja - Terbitan Feb 2013 sebagai sebahagian daripada Pakej Pelaburan Sosial untuk pertumbuhan dan keamanan sosial. 


Bersama untuk Kesihatan

Strategi komprehensif EU Bersama, diperguna dalam tahun 2007:
  • Memberi maklumbalas terhadap cabaran yang dihadapi oleh negara-negara anggota dengan memperkuat kerjasama dan koordinasi di seluruh EU.
  • Menyokong dasar-dasar kesihatan kebangsaan negara anggota selari dengan artikel 168, Perjanjian Berfungsi Kesatuan Eropah.
Penilaian Suruhanjaya Eropah (2011) mendapati bahawa strategi ini bertindak sebagai rujukan bagi tindakan-tindakan yang diambil di peringkat negara anggota dan EU serta mengesahkan bahawa prinsip-prinsip dan matlamat yang dikenalpasti pada 2007 itu tetap kekal sah untuk beberapa dekad kemudian dalam usaha menuju ke Eropah 2020.

Monday, March 25, 2013

Projek EMILIE

Pendekatan Eropah ke Arah Kewarganegaraan Sah dari Segi Politik dan Cabaran-Cabaran Pendidikan

Gambaran

Projek bidang antara disiplin ini merupakan satu maklumbalas kepada krisis multikulturalisme yang terbaru dan juga kepada kurangnya rangka kerja intelektual yang sama di Kesatuan Eropah (EU) bagi membincangkan cabaran-cabaran yang berkaitan. Sembilan rakan kongsi dipilih daripada sembilan negara iaitu Greece, United Kingdom, Latvia, Belgium, Denmark, Poland, Sepanyol, Perancis dan Jerman sebagai mewakili pengalaman-pengalaman berbeza bagi imigresyen dan integrasi, termasuklah negara yang masih dalam proses perubahan menerima imigresyen.

Ada lima fasa utama bagi kajian:

1. Garis keluar mengenai penghijrahan di negara-negara ini.
2. Penilaian kritikal atas debat berkenaan integrasi dan multikulturalisme.
3. Tiga kes empirik dalam setiap negara.
   
    i) cabaran-cabaran pendidikan yang timbul disebabkan oleh penghijrahan berkaitan kepelbagaian.
   
    ii) cabaran perundangan dengan rujukan khas kepada peruntukan-peruntukan anti-diskriminasi.
   
    iii) cabaran-cabaran politik dengan rujukan utama kepada hak mengundi atau penyertaan sivik.

Kajian kes bersifat etnografi namun menggabungkan jenis-jenis data kualitatif dan kuantitatif, pemeriksaan pengajian pelbagai, kertas-kertas dasar, perbincangan media, temubual kualitatif, nota-nota kerja lapangan dan juga kumpulan fokus yang menjadi aktor utama. Pengetahuan dan perbincangan meluas serta interaksi dengan pengguna akan digabungkan dalam perjalanan kajian.

4. Integrasi pengajian kes kebangsaan melalui menilai semula jenis-jenis cabaran berbeza dan bagaimana jika kedua-duanya saling melengkapi sesama lain dalam setiap negara. Setiap rakan kongsi akan mempertimbang sehingga ke tahap mana negara mereka itu menawarkan "model" berbeza bagi jalinan imigresyen dan apa perbincangan bernilai berkenaan model ini didasarkan.

5. Membandingkan perbualan nilai utama dan memerhati konflik nilai antara negara-negara dikaji dan akan mengenalpasti dimensi Eropah bagi menjalinkan kepelbagaian (perbualan nilai, titik-titik ketegangan, amalan terbaik) dan memperjelas model berteori multikulturalisme bersesuaian dengan pengalaman Eropah dan krisis terkini sebagai asas kepada resolusi rasional kepada panik yang timbul tentang multikulturalisme.

Pendekatan Eropah kepada Multikulturalisme

Tuesday, November 27, 2012

Butiran Perundangan Pengurusan Politik Kehadiran Muslim


1. Model Hubungan antara Negara dan Agama

Sebagaimana Islam dikenali umum, ia sudah mengalami proses perubahan berturutan daripada sejenis agama yang dianuti oleh pendatang asing kepada agama yang mewarnai corak kehidupan dan realiti kepada Eropah moden. Proses ini memerlukannya diikuti oleh tindakan yang sesuai dalam kedudukan untuk membenarkan masyarakat Islam berintegrasi sepenuhnya dalam model Eropah bagi hubungan antara negara dan agama.

Sebelum proses penubuhan institusi, kestabilan dan intipati disempurnakan maka pembentukan Islam menurut acuan Eropah akan kekal menjadi tanda tanya. Proses ini mesti diteruskan dan dilaksanakan tanpa sebarang ketidakpastian dan kelewatan kerana ia melibatkan pembawaan perubahan yang relevan kepada undang-undang di kebanyakan negara anggota Kesatuan Eropah (EU). Di samping itu, ia juga akan turut mempersoal amalan-amalan tradisional yang diamalkan oleh umat Islam di Eropah yang tidak sepadan dengan undang-undang tersebut.     

Langkah pertama terkandung dalam pengenalan ciri-ciri asas kepada konteks yang mana hubungan negara dan agama membentuk benua Eropah kerana dalam kerangka ini, Islam perlu mencari kedudukannya dan ruangnya sendiri. Walau bagaimanapun, model hubungan antara negara dan agama di Eropah tak patut dianggap sebagai skema yang statik dan rigid yang kelihatan seperti satu sekatan yang dikenakan kepada sebarang masyarakat beragama yang baru muncul dalam pemandangan kemasyarakatan Eropah. Sebaliknya juga, ia patut dicadangkan sebagai satu realiti yang dinamik, dalam kedudukan untuk menurut kepada tuntutan yang diperlukan oleh perubahan-perubahan yang terjadi dalam masyarakat Eropah. 

Tiada satu pun model yang pernah dikuatkuasakan di Eropah untuk mengatur perhubungan antara negara dan agama. Ada banyak jenis model dalam negara-negara di benua ini seperti juga negara dan benua lain dalam dunia. Walau bagaimanapun, tiga prinsip yang sama berulang dalam kesemua ini walaupun dalam bentuk-bentuk yang berbeza. 

Prinsip pertama terkandung dalam kebebasan beragama peribadi. Ia membayangkan bahawa kepercayaan agama perseorangan itu tidak relevan dengan kenikmatan dalam hak-hak awam dan politik. Dalam lain perkataan, kesaksamaan dalam hak awak dan politik dan secara tak langsung pengharaman diskriminasi berdasarkan latarbelakang agama. Kebebasan beragama secara perseorangan dipastikan oleh persetujuan dan perhimpunan yang ditandatangani oleh negara-negara Eropah dan juga oleh undang-undang berperlembagaan mereka.   

Sudah tentu, ia tidak bermakna bahawa tiada diskriminasi agama wujud dalam sesetengah negara. Sebagai contoh, kebanyakan pihak berkuasa negara mesti menganut agama resmi negara. Walaupun dibekali dengan nilai simbol yang agak banyak, peraturan ini walau bagaimanapun, hanya mempunyai perkaitan dengan sedikit sahaja orang. Umumnya, boleh dikatakan bahawa di kedua-dua Eropah Barat dan Eropah Timur, antara gereja Katolik Roma dan begitu juga dengan gereja Protestan dan Ortodoks, seorang murtad, seorang ateis atau seorang penganut agama minoriti tidak mengalami sebarang penyusutan dari segi hak awam dan politik disebabkan oleh sesiapa dalam kalangan rakyat disebabkan oleh agamanya.  

Pembezaan antara Negara dan Gereja mewakili prinsip yang kedua. Pada satu ketika, ia mengurniakan autonomi kepada badan-badan agama dan negara tidak masuk campur dalam pentakrifan doktrin agama dan hal dalaman pertubuhan agama. Pada satu ketika lagi, ia menekankan kebebasan Negara daripada sebarang pemasakan kekuasaan agama dalam sebarang bentuk pun. Hal ini kerana Negara hanya bergerak berdasarkan kepada kehendak rakyat sahaja.

Kebebasan dan autonomi badan keagamaan mempunyai asas yang kukuh dalam piagam perlembagaan di negara-negara Eropah dan begitu juga dalam beberapa konkordat dan persetujuan yang ditentukan oleh kebanyakan mereka dengan beberapa masyarakat beragama. Sudah tentu terdapat beberapa negara yang mengehadkan autonomi masyarakat beragama sebagai contoh, uskup dilantik oleh kepala Negara dan menteri-menteri agama dianggap sebagai kakitangan awam. Walau bagaimanapun, dalam negara tersebut, autonomi masyarakat beragama semakin dianggap sebagai turutan penting kepada prinsip kebebasan beragama secara terkumpul. Oleh itu, had yang dikenakan oleh pihak berkuasa Negara mesti dihentikan juga.

Perubahan terbaru dalam peranan Negara-Gereja di Finland dan Sweden (yang juga akan diikuti nanti oleh Norway) merupakan contoh yang jelas bagi haluan ini. Ciri ketiga bagi model Eropah ini mengandungi kerjasama antara Negara dengan agama. Kerjasama ini mungkin berbeza matlamatnya, melibatkan subjek-subjek yang berbeza dan memerlukan kepelbagaian bentuk perundangan. Tetapi, dalam sebarang hal selepas berkahirnya pengalaman ditadbir oleh Komunis, satu kerjasama antara pihak berkuasa awam dengan kumpulan-kumpulan agama dikuatkuasakan di seluruh Eropah.

Walau bagaimanapun, ada juga negara yang tidak mempunyai sebarang perjanjian seperti Belgium dan Ireland dan sama-sama bercorakkan dengan kerjasama besar-besaran dan tidak banyak berbeza dengan sudut pandangan Negara-Negara dalam konkordat yang ditandatangani. 

Sunday, November 4, 2012

Bahasa Breton

Bahasa Breton merupakan bahasa orang asli British yang berhijrah ke negeri Brittany di Perancis moden.  Ia merupakan satu cabang loghat bahasa Celtic yang dibawak ke Armorica oleh orang British yang berhijrah semasa awal abad pertengahan. Bahas lain di negeri Brittany adalah bahasa Gallo yang berasal dari bahasa Latin. Ia hampir nak sama seperti bahasa Perancis. 
  
Penutur bahasa Breton ini mula menurun dari sejuta orang penutur pada 1950 kepada 200,000 orang sahaja pada abad ke-21. Ia mula dikelaskan oleh UNESCO sebagai bahasa yang terancam. Pada tahun 2006 sehingga 2011, peratusan murid menghadiri kelas dwibahasa di negeri Brittany meningkat dari 27 peratus sehingga ke 14, 129. 

Contoh Kata Kerja dalam Ayat

1. Me zo o komz gant ma amezeg. 
    Aku bercakap dengan jiran aku.

2. Me a gomz gant ma amezeg bep mintin.
    Aku cakap dengan jiran aku setiap pagi.

Kata Hubung dalam Ayat

1. Ul levr zo ganin.
    Ada buku sama aku.

2. Un died zo ganit.
    Ada minuman dengan mu. 

3. Un urzhiater zo gantan. (maskulin)
    Ada komputer dengan nya.

4. Ur bugel zo ganti. (feminin)
    Ada komputer dengan nya.

5. Ur C'harr zo ganimp/ganeomp.
    Sebijik kereta ada dengan kita. 

6. Un ti zo ganeoc'h. (jamak)
    Sebijik rumah ada dengan kamu.

7. Arc'hant zo ganto/gante.
    Duit ada sama mereka.

Senarai Frasa dalam bahasa Breton

Deuet mat : Persila
Deuet mat oc'h : Sama-sama
Breizh : Brittany
Brezhoneg : Bahasa British
Ty : Rumah
Ti-kêr : Dewan Pekan
Kreiz-kêr : Pusat Bandar 
Da bep lec'h : Semua Arah
Skol : Sekolah
Skol-veur : Universiti
Fest noz : Pesta malam
Kenavo : Selamat tinggal
Ur grampouezhenn : Sebijik lempeng
Krampouezh : Lempeng (jamak)
War vor atav : Selalu di laut

Saja aku pos kan untuk pengenalan. Aku suka bahasa Gaelic semua jenis pun sama ada di Scotland, Ireland, Wales atau di Pulau Manx di negara Britania. Bahasa negeri ni nak semacam kami jugak ada bahasa negeri sendiri yang tak diiktiraf dalam kerajaan persekutuan dan tak ada bantuan dari pihak akademik mahu pun kementerian untuk membantu bahasa minoriti untuk hidup. Bahasa Perancis dan bahasa Inggeris pun aku suka lah di samping bahasa Sepanyol dan bahasa Portugis tapi kalau tau bahasa negeri atau bahasa wilayah lagi bagus senang hendak buat kawan kalau tersangkut di Eropah. Sebagai penduduk dalam negari bekas tanah perlindungan British, kami ada juga belajar sejarah perjuangan orang Gaul di wilayah-wilayah perlindungan Empayar Britania Raya yang lain seperti Scotland dan Ireland. Negara aku secara "persekutuan" nya memang jajahan British, tetapi wilayah aku berasal bukan jajahan sebaliknya merupakan tanah yang dilindungi baginda Queen. Wilayah kami ditadbir tanpa campur tangan pihak British kerana sistem pemerintahan kami sudah begitu moden sekitar abad ke-18 M dan pemimpin kami semuanya berpandangan jauh belajar mengenai negara-negara jiran nya misalnya negara Siam.












Sunday, May 6, 2012

Mengapa Italia Terlibat dalam Masalah Krisis Hutang Eropah?

Esok aku perlu membentangkan kepada kelas aku mengenai masalah ekonomi yang dialami oleh negara anggota Kesatuan Eropah. Aku merupakan pelajar pertama dalam kelas yang akan membentangkannya. Jadi aku perlu bentangkan mengenai masalah ekonomi di negara Italia. 

Dalam laporan CNN dalam bulan lapan tahun 2011 oleh Laura Smith-Park ada tersebut bahawa Italia didapati terlibat dalam masalah ekonomi. Kebimbangan bahawa ia mungkin akan menyebabkan kegagalan kepada Italia kerana hutangnya yang besar. Hal ini mungkin menyebabkan kerajaan Italia pimpinan Perdana Menteri Silvio Berlusconi terpaksa meminjam dan meminta bantuan pakar perundangan dalam usaha untuk menyelamatkan pasaran.   

Pasaran saham di Amerika Serikat dan Eropah mula bertenang sedikit di tengah-tengah kebimbangan yang masalah sebegini kelihatan di merata-rata tempat di Eropah dan mungkin membawa kepada kejatuhan ekonomi Italia juga.

Makanya, apakah yang menyebabkan krisis di serata ekonomi ketiga terbesar di Eropah ini? Apakah maknanya kepada Eropah dan dunia jika ia memuncak?

Senior Felo di Institusi Brookings dan bekas ahli lembaga eksekutif IMF, Domenico Lombardi menyatakan bahawa punca masalah di Italia ini adalah disebabkan oleh hutang awam yang besar serta kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah.

Ekonomi Italia meningkat hanya 0.3%. Penting sekali untuk diambil perhatian adalah apabila ia dijangka berkembang pada kadar yang sama tapi lemah untuk beberapa tahun berikutnya. Kadar pertumbuhan ini merupakan kadar pertumbuhan yang paling lemah di dunia. Utama sekali, Italia mempunyai kadar hutang awam yang tinggi.  

Hutang awam Italia mewakili kira-kira 120% keluaran dalam negara kasarnya (GDP). Dalam lain perkataan, ia adalah seperlima lebih dari pengeluaran ekonomi tahunan negara. Ia merupakan yang tertinggi di dunia, setara dengan Yunani yang perlu untuk diselamatkan oleh kerajaan Eropah.  

Dengan dua faktor ini diletakkan bersama dalam Italia, nampak jelas lah bahawa ekonomi tidak akan mampu untuk menjana sumber bagi membayar hutang tersebut.

Ketua eksekutif pusat yang berpangkalan di London bagi Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan, Encik Douglas McWilliams menyatakan bahawa beliau percaya bahawa Italia langsung tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan yang kukuh bagi menghalang nisbah GDP nya daripada meningkat ke tahap yang tak mampan.  

McWilliams turut memberi amaran dalam satu laporan hari Khamis yang Italia "terikat dengan kegagalan" berkaitan hutangnya. Sebagaimana Yunani tak mampu mencari jalan melepaskan diri dari masalah hutangnya, maka hal yang sama juga berlaku dalam kes Italia.

Berlusconi cuba untuk menenangkan kebimbangan tersebut dengan menyatakan kepada Parlimen hari Rabu bahawa cabaran ekonomi yang dihadapi oleh Italia ini perlu dihadapi dengan keazaman dan tidak panik. Berlusconi menyebut bahawa mereka tidak menafikan mereka sedang dalam krisis tetapi bertegas bahawa bank-bank di Italia, institusi dan sistem politik mereka cukup kuat untuk mengatasi masalah ini. 

Berlusconi juga menegaskan bahawa ekonomi Italia adalah kukuh. Bank-bank Italia juga kukuh. Institusi kewangan dipermodal dan mempunyai kecairan. Mereka di bahagian kewangan berjaya mengatasi ujian-ujian tekanan. Walau bagaimanapun, ucapan Berlusconi itu ringannya menyentuh langkah dasar konkrit. Penganalisis menyatakan bahawa ia mungkin tak cukup untuk menghalang spekulator pasaran yang kini sedang memerhatikan Italia untuk dijadikan mangsa.   

Monday, January 3, 2011

Pelan Tindakan Eropah : Pertanian dan Makanan Organik

Dalam bulan Jun 2004, Suruhanjaya Eropah menerbitkan Pelan Tindakan Eropah untuk Pertanian dan Makanan Organik. Pelan ini menyediakan sebaris langkah polisi untuk menyokong perkembangan sektor organik dalam usaha untuk memenuhi permintaan pengguna dengan cara orientasi pasaran.

Selain itu, ia juga adalah untuk kebaikan umum seperti untuk perlindungan alam sekitar dan kebajikan haiwan. Langkah-langkah ini termasuklah mengkaji semula peraturan pentakrifan makanan organik, sokongan untuk pertanian organik melalui program perkembangan pedalaman dan kempen mempromosi kepenggunaan.

Projek kajian Suruhanjaya Eropah ORGAP yang bermula dari 2005-2008 dan kini telah pun sempurna dibangunkan untuk menyediakan sokongan saintifik bagi perlaksanaan Pelan Tindakan Eropah ini dan penilaiannya dalam bentuk kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.
  • perkembangan kotak alatan penilaian (hyperlink kepada ORGAPET) untuk membantu menilai dan memantau perlaksanaan pelan-pelan tindakan organik kebangsaan dan Eropah
  • penglibatan pemegang harta dalam mengenalpasti matlamat utama dan penunjuk aras, bersama-sama dengan masalah yang bepotensi timbul dalam usaha perlaksanaan pelan tindakan Kesatuan Eropah ini dalam kalangan negara ahli dan juga risiko-risiko kegagalannya
  • membangunkan satu manual untuk pemegang harta tanah sebagai satu pengenalan kepada pelan tindakan pembangunan, dikenali sebagai manual ORGAP

Pelan Tindakan Eropah : Pencegahan Serbuan Lapangan Terbang



Pelan tindakan ni merupakan hasil gabungan daripada beberapa pertubuhan yang mewakili seluruh bidang operasi di lapangan terbang kecil (aerodrome). Pertubuhan-pertubuhan ini komited untuk meningkatkan keselamatan keselamatan operasi lapangan terbang melalui penganjuran kepada perlaksanaan memperakukannya sebagai sebagian daripada bidang ECAC.

Sekretariat ICAO memberikan sokongan penuh kepada kerja kumpulan ini dan menggesa seluruh ahli kesatuan untuk melaksanakan syarat-syarat ICAO bersesuaian dengan keselamatan lapangan terbang.

Di samping pengiktirafan kepada badan-badan yang telah menyempurnakan banyak daripada tugasan ini, beberapa kata panduan diberikan juga kepada mereka yang baru hendak berkecimpung.

Tujuannya supaya perlaksanaan dari perakuan yang ada dalam Pelan Tindakan Eropah untuk pencegahan Serbuan Lapangan Terbang diketuai oleh Pengatur dan, terlibat melalui staf operasi yang berada bersama dengan Kumpulan Keselamatan Lapangan Terbang Tempatan. Pendekatan ini diterangkan lanjut dalam nota kepada Pengatur.

Tuesday, December 28, 2010

Dasar Kesatuan Eropah Bahagian I

28 Desember 2010

Pasaipa dasar-dasar ni penting?

Banyaklah perang terjadi lama lah sudah, sampai kepada pengenalan kepada Komuniti Besi dan Arang Eropah atas sebab-sebab ekonomi. Tujuan dia untuk keamanan dan kemakmuran kepada Eropah.


Tahun 1941, pecah perang dunia kedua, US pun bagi duit ikut rancangan Marshall kat Kesatuan Eropah (KE). Kesatuan ni bokan kesatuan yang semulajadi. Enam negara asal dalam kesatuan ni pun tak selalu sekata. Contoh dia Jerman mintak directive untuk kualiti directive tapi tak diterima pulak oleh UK. Jadi ada tolak dan tarik dalam Council of Ministers yang diwakili member states.


Institusi akan buat dasar. Proses institusi membuat dasar ni dikenali jugak sebagai proses intelektual. Depa kena ada kesekataan antara individu dan komuniti. Jadi untuk sebab tu kena ada dasar yang sama (common policy) yang akan ikat KE bersama.


Dasar yang sama ni mencerminkan KE dengan satu polisi yang sama. Ia tak sama macam integrasi antara kerajaan (intergovermental) yang tak ada institusi yang ikat negara-negara tu bersama. Misalnya ASEAN yang sifatnya lebih kepada antara negara.


Kalau integrasi multinasional maka ia adalah atas kerelaan negara-negara. Kalau negara tak sedia ikot peraturan, maka depa tak dak lah kena paksa. Misalnya UK dalam KE. Depa tak mau pakai sistem matawang Euro. Depa tak pulak kena paksa ikut. Tapi kesan sampingan dia ada lah. Kalau peniaga masuk ke UK, nilai matawang akan berubah. Selain itu, negara-negara ada masa nak sesuaikan diri (adjusting) untuk ikut directive dan peraturan dalam KE.


Dasar yang berdasarkan kepada perjanjian yang terbaru ni dikonklusikan (concluded) atau disahkan (ratified). Ada 3 artikel yang kena ingat.


Artikel 2 : dasar perundangan (legal basis)

Artikel 3 & 4 : promosi dasar melalui masyarakat harmoni, keseimbangan, dan pembangunan lestari (sustainable development) bagi kegiatan ekonomi.



Harmonisasi sangat penting sebab kena dapat undian di Parlimen. Kalau tak cukup dasar kena lalui proses-proses awal balik.


Tujuan integrasi multinasional?


1. Bukan saja untuk keamanan KE, tapi jugak untuk keamanan dunia. Depa ni ada dasar luar jugak misalnya berkaitan dengan Afrika ngan Carribean.


2. Integrasi politik ngan ekonomi. Dasar kesamaan ni buleh jugak ubah tebiat peniaga sampai lah ke institusi. Contoh dia dasar prokumen. Menatang dasar prokumen ni sebenaqnya dasar pasai barangan letronik yang mesra alam. Dasar-dasar yang menyentuh pasai VOC (Volatile Organic Compound), Organic Canteen, Green Procumen, Green Technology, Invention of Hybrid Car, semua ni mempengarohi perniagaan.


Kalau ikot Mousis, ada satu set keputusan, langkah, atoran, ngan kod-kod bertindak dipakai oleh institusi yang sama dengan member states. Dasar-dasar ni negara-negara peserta kena gunapakai dan perlu pulak dipantau oleh pelaksana (excutive) supranasional serta pehak berkuasa keadilan. Kedaulatan (sovereignty) negara ahli KE dipindah sikit bagi kat institusi supranasional.


Pastu ada Fame and Shame Strategy. Menatang ni meropakan senarai ikot ngan tak ikot sebab negara-negara ahli ada pilihan nak ikot ka tak ikot dasar-dasar ni. Depa buat cara sukarela. Agensi EEA akan bok kluaq laporan ni. Kalau negara tu jatuh dalam senarai, maka depa kena lah buat pembaharuan sukarela. Besanya negara-negara ahli tak peduli pon.