Rujukan

Showing posts with label europa asli. Show all posts
Showing posts with label europa asli. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Sejarah Penyebaran Bahasa Goidelic


Bahasa Goidelic suatu ketika dahulu pernah terkurung di dalam Ireland sahaja, tetapi antara kurun ke-3 sampai ke-6 masehi beberapa kumpulan orang Ireland yang dipanggil oleh orang Romawi sebagai Skoti mula berhijrah dari Ireland masuk ke Cornwall, Wales dan Skotland.

Yang tinggal di Cornwall dan Wales mula meninggalkan kesan jangka panjang di situ. Walau bagaimanapun, penduduk Dal Riada di Skotland akhirnya berasimilasi dengan orang Pict yang merupakan penutur bahasa Brythonik tinggal bertaburan sekitar Skotland. 

Bahasa Manx pula berdekatan dengan bahasa Ireland yang dituturkan di timur laut dan timur Ireland dan bahasa Gelik Galloway di sebelah barat daya Skotland (telah pupus), dengan sedikit pengaruh daripada bahasa Norse lama melalui penaklukan orang Viking dan dari penduduk asli Britania.

Rekod bertulis yang paling tua dalam bahasa Goidelik adalah dalam bahasa Ireland Boran, yang disaksikan dalam batu bersurat Ogham bertarikh kira-kira abad ke-4 masehi. Bentuk bahasa ini sangat berdekatan atau hampir sama sahaja dengan bentuk rekod bahasa Gaul ketika pendudukan empayar Romawi. Peringkat berikutnya, bahasa Ireland lama, ditemui dalam nota kaki manuskrip keagamaan berbahasa Latin dari abad ke-6 sampai ke-10 masehi, begitu juga dengan teks-teks lama yang disalin atau direkod dalam bahasa Ireland pertengahan. Bahasa Ireland pertengahan yang digantikan oleh bahasa-bahasa Goidelik moden, direkodkan dalam abad ke-10 sampai ke-12 masehi. Banyak sastera dalam bahasa ini terselamat termasuklah teks undang-undang Ireland awal.   

Bahasa Gaelik klasik, dikenali juga dengan bahasa Ireland moden yang awal, dituturkan dalam abad ke-13 sampai ke-18 masehi semasa bahasa sastera banyak digunakan di Ireland dan Skotland. Ini selalunya dikenali sebagai bahasa Ireland klasik, manakala pengajian etnologi bahasa menamakannya sebagai bahasa Gaelik Hiberno-Skotland untuk bahasa tulisannya. Bahasa bertulis bagi Gaelik sastera tinggi di Skotland ini dianggap berasal dari Ireland.

Kemudian, sistem ortografi bercabang pula menghasilkan ortografi plurisentri yang seragam. Ortografi bahasa Manx yang diperkenal dalam abad ke-16 sampai ke-17 masehi, adalah berdasarkan amalan bahasa Inggeris dan bahasa Wales maka ia tak dianggap sebagai tahap pawai bagi sastera.

Thursday, November 8, 2012

Asas Percakapan Bahasa Breton

Apa yang aku dengar lah kan. Dalam bahasa Breton ni, bunyi huruf "r" tu nak macam bahasa Perancis sahaja. Mungkin pengaruh antarbahasa juga. Tesis Azren pasal bahasa Eropah yang terancam dan polisi hak asasi minoriti Eropah tu menarik perhatian juga. Aku rasa beliau boleh perkembang lagi tesisnya tu. Aku pulak yang lebih-lebih, haha. Jom belajar lagi kalau anda terasa rajin.

Perkataan

Salud helo
Ya ya
Nann tidak
Mar plij tolong, sila
Trugarez terima kasih
Digarez maaf
Kenavo selamat tinggal

Arah

Kleiz kiri
Dehou kanan

Air

Dour air
Bier air beer
Gwin arak anggur
Kafe air kopi

Tempat

Priveziou ar merc'hed tandas wanita
Priveziou ar baotred tandas lelaki
Ospital hospital
Aspirin ubat tahan sakit
Traezhenn pantai
Leti hotel
Kenderaan

Taksi teksi
Kartenn-anov pasport
Karr-tan kereta
Karr-boutin bas
Karr-nij kapal terbang
Tren kereta api

Ayat

Pelec'h emang anti-bank?
Di mana kah bank?

Pelec'h emang ar malizennou?
Di mana kah beg bimbit?

Komzit goustatoc'h mar plij!
Minta cakap perlahan sedikit!

Pelec'h e c'hellan prenang un tiked?
Di mana boleh aku beli tiket?

Pelech emang ti an apotiker?
Di mana letaknya kedai ubat?

Bilangan 

Unan satu
Daou dua
Tri tiga

Jam

Eizh eur jam lapan
Pemp eur hanter setengah jam lepas jam lima
Eizh eur nemet kard suku jam lagi ke jam lapan

Jangan lupa ajar lah anak-anak anda yang singgah di sini dengan bahasa Breton. Nanti jika ke wilayah Brittany di Perancis boleh lah cuba bercakap dengan penduduk tempatan di wilayah itu kalau tak tahu berbahasa Perancis. Aku pun tak tahu berbahasa Perancis juga. Terpaksa belajar juga walaupun aku malas, haha. Apa pun, jangan lah malu pula hendak mengajarkan bahasa Melayu kepada orang asing pulak. Aku belajar bahasa asing pun tetapi aku tetap cuba memperkasa bahasa Melayu aku sendiri. Ia bahasa kebangsaan negara aku. 

Aku akan cuba buat masukan mengenai bahasa Eropah lain juga misalnya bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Portugis, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Belanda atau bahasa minoriti Eropah lain jika aku sempat. Kita akan menumpukan sepenuh perhatian kepada benua Eropah dari segi kemasyarakatan, iktisad, siasah, bahasa dan aspek-aspek lain lagi. Benda yang baik akan dapat kita pelajari jadi kita dapat mengambil iktibar dari peristiwa dunia.