Rujukan

Showing posts with label keltik. Show all posts
Showing posts with label keltik. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Bahasa Galego di Sepanyol

Peta bahasa mengikut zaman di Semenanjung Iberia

Bahasa Galego merupakan bahasa cabang Ibero-Romawi Barat. Ia dituturkan oleh sejumlah tiga juta nyawa, utamanya di wilayah kemasyarakatan autonomi Galicia di barat laut Sepanyol. Ia merupakan bahasa resmi di wilayah tersebut bersama dengan bahasa Sepanyol sebagai bahasa kebangsaan seluruh negara.

Bahasa Galego dituturkan juga di kawasan sempadan antara wilayah Asturia dan Castilia serta Leon, di samping digunakan oleh masyarakat Galego yang berhijrah ke seluruh Sepanyol, Amerika Latin, Amerika Serikat dan lain-lain kawasan di Europa. Bahasa ini sangat rapat hubungannya dengan bahasa Portugis dan kedua-dua bahasa ini pernah berkongsi bahasa sama dalam lirik lagu Galego-Portugis kurun ke-13 sampai ke-14. Kemudian kedua-dua bahasa ini mula bercabang apabila Portugal dimerdekakan pada abad ke-12 masehi. Senarai kata bahasa ini banyak mengambil dari bahasa Latin walaupun ada juga perkataan-perkataan penting diambil dari bahasa cabang Jerman dan Keltik. Di samping itu, ia turut menerima perkataan serapan dari bahasa Sepanyol, Portugis dan kata nama dari bahasa Arab yang pernah digunakan orang Arab yang mentadbir dalam abad pertengahan di Iberia selatan.

Bahasa Galego dipantau oleh Akademi Diraja Galicia dan juga badan-badan bebas seperti Pertubuhan Bahasa Galego dan Akademi Galicia untuk Bahasa Portugis yang memantau bahasa tersebut sebagai satu loghat bahasa Portugis.

Hubungan dengan Bahasa Portugis

Bahasa Galego moden dan saudara selatannya, bahasa Portugis, berasal dari nenek moyang bahasa yang sama dipanggil oleh sarjana bahasa moden sebagai bahasa Galego-Portugis atau bahasa Galego Pertengahan atau bahasa Galego Lama atau bahasa Portugis Lama. Tahap perkembangan awal ini berkembang di wilayah-wilayah dalam kerajaan Galicia lama yang meliputi wilayah-wilayah Galicia hari ini dan utara Portugal. Pada abad ke-13 masehi, ia menjadi bahasa bertulis dan digunakan untuk merekod. 

Pada zaman lampau, bahasa Galego dan bahasa Portugis membentuk kesinambungan loghat. Untuk kebanyakan sarjana, kesinambungan ini masih wujud sehingga kini pada tahap loghat-loghat hulu nya. Yang lain-lain pula menunjukkan bahawa bahasa Galego moden dan bahasa Portugis telah bercabang ke satu tahap sejak tujuh abad lampau. Jadi hari ini, bahasa Galego sangat berkait rapat dengan bahasa Portugis tetapi masing-masing merupakan bahasa yang berdiri sendiri.  

Pada asalnya, bahasa Galego-Portugis merupakan bahasa Latin kasar yang dituturkan di wilayah Barat empayar Romawi. Penduduk di tanah Galicia, Asturia dan utara Portugal semuanya tergolong sebagai rakyat dalam Kerajaan Galicia yang merupakan bekas wilayah Romawi yang dipanggil sebagai Gallaecia seperti mana ia diubah dari Kerajaan Suevik Galicia pada abad kedua masehi. Piawaian bahasa ini mula bercabang pada abad ke-14 masehi apabila bahasa Portugis menjadi bahasa kerajaan Portugal yang merdeka dan juga bahasa-bahasa wilayahnya, manakala bahasa Galego menjadi bahasa kesetiausahaan seperti bahasa kepada peguam, orang kenamaan serta orang gereja dalam Kerajaan Galicia sebelum dijalinkan dengan mahkota Castilia dan dipengaruhi oleh bahasa Castilia, kebudayaan Castilia dan politiknya. Pada abad ke-16 masehi, bahasa Galicia berhenti digunakan sebagai bahasa merekod hal perundangan. Ia cuma menjadi bahasa lisan dan digunakan dalam lirik lagu, wayang dan surat menyurat peribadi sahaja.  

Kedudukan bahasa Galego berkaitan dengan bahasa Portugis masih lagi kekal sebagai kontroversi dan isu ini kadang-kadang membawa juga lebihan nada politik. Ada juga pakar bahasa yang membuat kajian berkenaan bahasa Galego moden dan bahasa Portugis moden sebagai sejenis norma atau kepelbagaian dari bahasa yang sama. Setengah penulis misalnya Lindley Cintra menganggap kedua-dua bahasa ini sebagai loghat yang saling berkaitan dalam bahasa yang sama walaupun ada perbezaan dari segi sebutan dan perbendaharaan katanya. Pilar Vazquez Cuesta pula menghujahkan bahawa bahasa-bahasa ini sudah berasingan disebabkan oleh perbezaan sistem ejaan dan penggunaan kata. Kadang-kadang morfologi dan tatabahasa juga sudah berbeza.

Fernandez Rei pada 1990 pernah menyatakan bahawa bahasa ini dengan bahasa Portugis sebagai bahasa jenis Ausbau, melalui pengembangan dan bukan bahasa jenis Abstand iaitu bahasa yang tertanggal dari asalnya. Berkenaan dengan pandangan luaran dan dalam berkaitan hubungan ini, misalnya dalam edisi Ensiklopedia Brittanika ada mentakrifkan bahasa Galego sebagai loghat bahasa Portugis yang dituturkan di barat laut Sepanyol. Walau bagaimanapun, kebanyakan penutur bahasa Galego tak pernah menganggap bahasa ini sebagai kepelbagaian bahasa Portugis. Tapi sebagai bahasa yang berbeza kerana bahasa Galego moden berkembang tanpa sebarang gangguan dan terus saja dari bahasa Galego Pertengahan. 

Bahasa Galego boleh difahami dengan baik (kira-kira 85%) oleh penutur bahasa Portugis di wilayah-wilayah Alto-Minho dan Tras-os-Montes tapi orang Portugis sebelah selatan dan tengah Portugal tak faham sangat bahasa Galego.      

Saturday, November 17, 2012

Bahasa dan Kebudayaan Goidelik

Peta perkembangan budaya Keltik

Bahasa-bahasa Goidelik atau Gaelik dalam bahasa Skotland nya Cànanan Goidhealeach atau bahasa Ireland, Teangacha Gaelacha merupakan salah satu daripada dua cabang bahasa Keltik Kepulauan, manakala yang lain nya mengandungi bahasa-bahasa Brythonik.

Bahasa-bahasa Goidelik pada peringkat sejarahnya membentuk kepanjangan loghat yang memanjang dari selatan Ireland melalui Pulau Man sehingga ke utara Skotland. Ada tiga bahasa Goidelik moden iaitu:

1. Bahasa Gaeilge di Ireland
2. Bahasa Gàidhlig di Skotland
3. Bahasa Gaelg di Pulau Manx

Bahasa Goidelik merupakan bahagian daripada cawangan Q-Keltik daripada bahasa-bahasa Keltik. 

Tatanama

Walaupun bahasa Ireland dan bahasa Mnx selalu dirujuk sebagai bahasa Gaelik Ireland dan bahasa Gaelik Manx, penggunaan perkataan Gaelik sebenarnya tak perlu sebab istilah Ireland dan Manx hanya merujuk kepada bahasa-bahasa kawasan ini sahaja, manakala bahasa Skotland telah dirujuk sebagai bahasa jenis Jerman, makanya bahasa Skotland tak dianggap sebagai Gaelik langsung.

Kata Gaelik sendiri kadang-kadang merujuk kepada bahasa Gaelik Skotland dan ia menjadi lebih samar. Nama-nama yang digunakan dalam bahasa itu sendiri datang dari bahasa Ireland lama iaitu bahasa Goidelc yang berasal dari bahasa Wales lama iaitu Guoidel yang bermaksud bajak laut atau lanun. 

Pengelasan

Pokok bahasa Goidelik adalah seperti berikut:

  • Bahasa Keltik Kepulauan
  • Bahasa Ireland Boran
  • Bahasa Ireland Lama
  • Bahasa Ireland Pertengahan
  • Bahasa Ireland Moden
  • Bahasa Gaelik Skotland
  • Bahasa Pulau Manx

Thursday, November 8, 2012

Asas Percakapan Bahasa Breton

Apa yang aku dengar lah kan. Dalam bahasa Breton ni, bunyi huruf "r" tu nak macam bahasa Perancis sahaja. Mungkin pengaruh antarbahasa juga. Tesis Azren pasal bahasa Eropah yang terancam dan polisi hak asasi minoriti Eropah tu menarik perhatian juga. Aku rasa beliau boleh perkembang lagi tesisnya tu. Aku pulak yang lebih-lebih, haha. Jom belajar lagi kalau anda terasa rajin.

Perkataan

Salud helo
Ya ya
Nann tidak
Mar plij tolong, sila
Trugarez terima kasih
Digarez maaf
Kenavo selamat tinggal

Arah

Kleiz kiri
Dehou kanan

Air

Dour air
Bier air beer
Gwin arak anggur
Kafe air kopi

Tempat

Priveziou ar merc'hed tandas wanita
Priveziou ar baotred tandas lelaki
Ospital hospital
Aspirin ubat tahan sakit
Traezhenn pantai
Leti hotel
Kenderaan

Taksi teksi
Kartenn-anov pasport
Karr-tan kereta
Karr-boutin bas
Karr-nij kapal terbang
Tren kereta api

Ayat

Pelec'h emang anti-bank?
Di mana kah bank?

Pelec'h emang ar malizennou?
Di mana kah beg bimbit?

Komzit goustatoc'h mar plij!
Minta cakap perlahan sedikit!

Pelec'h e c'hellan prenang un tiked?
Di mana boleh aku beli tiket?

Pelech emang ti an apotiker?
Di mana letaknya kedai ubat?

Bilangan 

Unan satu
Daou dua
Tri tiga

Jam

Eizh eur jam lapan
Pemp eur hanter setengah jam lepas jam lima
Eizh eur nemet kard suku jam lagi ke jam lapan

Jangan lupa ajar lah anak-anak anda yang singgah di sini dengan bahasa Breton. Nanti jika ke wilayah Brittany di Perancis boleh lah cuba bercakap dengan penduduk tempatan di wilayah itu kalau tak tahu berbahasa Perancis. Aku pun tak tahu berbahasa Perancis juga. Terpaksa belajar juga walaupun aku malas, haha. Apa pun, jangan lah malu pula hendak mengajarkan bahasa Melayu kepada orang asing pulak. Aku belajar bahasa asing pun tetapi aku tetap cuba memperkasa bahasa Melayu aku sendiri. Ia bahasa kebangsaan negara aku. 

Aku akan cuba buat masukan mengenai bahasa Eropah lain juga misalnya bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Portugis, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Belanda atau bahasa minoriti Eropah lain jika aku sempat. Kita akan menumpukan sepenuh perhatian kepada benua Eropah dari segi kemasyarakatan, iktisad, siasah, bahasa dan aspek-aspek lain lagi. Benda yang baik akan dapat kita pelajari jadi kita dapat mengambil iktibar dari peristiwa dunia.    

Tuesday, November 6, 2012

Bahasa Breton: Makanan

Aku Lapar

Petra 'po... da zebring? Kamu akan ambil apa... untuk makan?
Fritez 'm bo. Aku akan ambil kentang saja.
'M bo ket... Aku tak akan ambil...

Bara 
Roti 

Un tamm bara sekeping roti
Aman mentega
Kig daging
Silzig sosej
Fourmaj keju
Keuz, laezh (f) keju 
Fourmaj-kig keju paté
Pesked ikan
Soubenn sup

Ar Predou
Waktu Makan

Lein, dijuni makan pagi
Merenn, lein makan tengah hari
Averenn, gortozenn minum petang
Koan makan malam

Sasunadur
Perencah

Pebr lada
Holen garam
Eoul minyak
Gwinegr cuka
Sukr gula
Lipig, soubinell, chaous sos
Sezv biji sawi  

Legumaj
Sayuran

Kaol kubis
Patatez, avalou-douar kentang
Karotez lobak merah
Fav glas kacang Perancis
Piz bihan kacang peas
Tomatez tomato
Saladen, glatez daun salad
Ognon bawang
Artichaod artichoke

Boued-Mor
Makanan Laut

Chifretez udang
Kranked ketam
Istr tiram
Meskl kepah
Bigorned geweng
Grilhed-traezh udang kara
Grilhed-mor udang bara
Ul legestr udang galah


Kig
Daging

Kig leue daging anak lembu
Kig bevin daging lembu
Kig yar daging ayam
Kig danvad daging kambing
Kig moc'h daging babi 
Kig rost daging bakar 

Frouezh
Buah

Avalou epal
Per buah pear
Sivi buah strawberi
Bananez pisang
Oranjez buah oren