Rujukan

Showing posts with label sepanyol. Show all posts
Showing posts with label sepanyol. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Bahasa Galego di Sepanyol

Peta bahasa mengikut zaman di Semenanjung Iberia

Bahasa Galego merupakan bahasa cabang Ibero-Romawi Barat. Ia dituturkan oleh sejumlah tiga juta nyawa, utamanya di wilayah kemasyarakatan autonomi Galicia di barat laut Sepanyol. Ia merupakan bahasa resmi di wilayah tersebut bersama dengan bahasa Sepanyol sebagai bahasa kebangsaan seluruh negara.

Bahasa Galego dituturkan juga di kawasan sempadan antara wilayah Asturia dan Castilia serta Leon, di samping digunakan oleh masyarakat Galego yang berhijrah ke seluruh Sepanyol, Amerika Latin, Amerika Serikat dan lain-lain kawasan di Europa. Bahasa ini sangat rapat hubungannya dengan bahasa Portugis dan kedua-dua bahasa ini pernah berkongsi bahasa sama dalam lirik lagu Galego-Portugis kurun ke-13 sampai ke-14. Kemudian kedua-dua bahasa ini mula bercabang apabila Portugal dimerdekakan pada abad ke-12 masehi. Senarai kata bahasa ini banyak mengambil dari bahasa Latin walaupun ada juga perkataan-perkataan penting diambil dari bahasa cabang Jerman dan Keltik. Di samping itu, ia turut menerima perkataan serapan dari bahasa Sepanyol, Portugis dan kata nama dari bahasa Arab yang pernah digunakan orang Arab yang mentadbir dalam abad pertengahan di Iberia selatan.

Bahasa Galego dipantau oleh Akademi Diraja Galicia dan juga badan-badan bebas seperti Pertubuhan Bahasa Galego dan Akademi Galicia untuk Bahasa Portugis yang memantau bahasa tersebut sebagai satu loghat bahasa Portugis.

Hubungan dengan Bahasa Portugis

Bahasa Galego moden dan saudara selatannya, bahasa Portugis, berasal dari nenek moyang bahasa yang sama dipanggil oleh sarjana bahasa moden sebagai bahasa Galego-Portugis atau bahasa Galego Pertengahan atau bahasa Galego Lama atau bahasa Portugis Lama. Tahap perkembangan awal ini berkembang di wilayah-wilayah dalam kerajaan Galicia lama yang meliputi wilayah-wilayah Galicia hari ini dan utara Portugal. Pada abad ke-13 masehi, ia menjadi bahasa bertulis dan digunakan untuk merekod. 

Pada zaman lampau, bahasa Galego dan bahasa Portugis membentuk kesinambungan loghat. Untuk kebanyakan sarjana, kesinambungan ini masih wujud sehingga kini pada tahap loghat-loghat hulu nya. Yang lain-lain pula menunjukkan bahawa bahasa Galego moden dan bahasa Portugis telah bercabang ke satu tahap sejak tujuh abad lampau. Jadi hari ini, bahasa Galego sangat berkait rapat dengan bahasa Portugis tetapi masing-masing merupakan bahasa yang berdiri sendiri.  

Pada asalnya, bahasa Galego-Portugis merupakan bahasa Latin kasar yang dituturkan di wilayah Barat empayar Romawi. Penduduk di tanah Galicia, Asturia dan utara Portugal semuanya tergolong sebagai rakyat dalam Kerajaan Galicia yang merupakan bekas wilayah Romawi yang dipanggil sebagai Gallaecia seperti mana ia diubah dari Kerajaan Suevik Galicia pada abad kedua masehi. Piawaian bahasa ini mula bercabang pada abad ke-14 masehi apabila bahasa Portugis menjadi bahasa kerajaan Portugal yang merdeka dan juga bahasa-bahasa wilayahnya, manakala bahasa Galego menjadi bahasa kesetiausahaan seperti bahasa kepada peguam, orang kenamaan serta orang gereja dalam Kerajaan Galicia sebelum dijalinkan dengan mahkota Castilia dan dipengaruhi oleh bahasa Castilia, kebudayaan Castilia dan politiknya. Pada abad ke-16 masehi, bahasa Galicia berhenti digunakan sebagai bahasa merekod hal perundangan. Ia cuma menjadi bahasa lisan dan digunakan dalam lirik lagu, wayang dan surat menyurat peribadi sahaja.  

Kedudukan bahasa Galego berkaitan dengan bahasa Portugis masih lagi kekal sebagai kontroversi dan isu ini kadang-kadang membawa juga lebihan nada politik. Ada juga pakar bahasa yang membuat kajian berkenaan bahasa Galego moden dan bahasa Portugis moden sebagai sejenis norma atau kepelbagaian dari bahasa yang sama. Setengah penulis misalnya Lindley Cintra menganggap kedua-dua bahasa ini sebagai loghat yang saling berkaitan dalam bahasa yang sama walaupun ada perbezaan dari segi sebutan dan perbendaharaan katanya. Pilar Vazquez Cuesta pula menghujahkan bahawa bahasa-bahasa ini sudah berasingan disebabkan oleh perbezaan sistem ejaan dan penggunaan kata. Kadang-kadang morfologi dan tatabahasa juga sudah berbeza.

Fernandez Rei pada 1990 pernah menyatakan bahawa bahasa ini dengan bahasa Portugis sebagai bahasa jenis Ausbau, melalui pengembangan dan bukan bahasa jenis Abstand iaitu bahasa yang tertanggal dari asalnya. Berkenaan dengan pandangan luaran dan dalam berkaitan hubungan ini, misalnya dalam edisi Ensiklopedia Brittanika ada mentakrifkan bahasa Galego sebagai loghat bahasa Portugis yang dituturkan di barat laut Sepanyol. Walau bagaimanapun, kebanyakan penutur bahasa Galego tak pernah menganggap bahasa ini sebagai kepelbagaian bahasa Portugis. Tapi sebagai bahasa yang berbeza kerana bahasa Galego moden berkembang tanpa sebarang gangguan dan terus saja dari bahasa Galego Pertengahan. 

Bahasa Galego boleh difahami dengan baik (kira-kira 85%) oleh penutur bahasa Portugis di wilayah-wilayah Alto-Minho dan Tras-os-Montes tapi orang Portugis sebelah selatan dan tengah Portugal tak faham sangat bahasa Galego.      

Monday, March 12, 2012

Bahasa Sepanyol: Futuro Proximo

 Plaza de Kastilla, Madrid

Yang ini aku tiada ketahui lah bagaimana kesepadanannya dengan tatabahasa bahasa Melayu. Ia merupakan parafrasa ir+a+kata infinitif bagi menghasilkan ayat yang menyatakan seseorang itu bercadang membuat sesuatu.

Boleh guna kata kerja estudiar sebagai contoh... Estudiar bermaksud belajar.

Yo voy a estudiar
Tu vas a estudiar
El va a estudiar
Nosotros vamos a estudiar
Vosotros vais a estudiar
Ellos van a estudiar

Pembinaan ayat ir+a+kata infinitif menunjukkan niat yang dipunyai oleh seseorang untuk melakukan satu perbuatan masa hadapan secara berturutan atau segera.

Cuba buat ayat tengok??? Beri terjemahan sekali...

1. Esta noche voy al cine. Malam ini aku pergi ke pawagam.
2. Manyana, los van a la playa. Esok mereka ke pantai.
3. Vamos a kasa despues la klase. Kami pergi ke rumah lepas kelas.
4. Esta tarde, voy a la tienda. Petang ini aku pergi ke kedai.
5. Ahora, vamos al bar. Sekarang, jom kita pergi ke bar.
6. Voy al cine en taxi. Aku pergi ke pawagam dengan teksi.
7. Van a la playa en tranvia. Mereka pergi ke pantai dengan tram.
8. Vamos a kasa en autobus. Kami pergi ke rumah dengan bas.
9. Voy a la tienda en moto. Aku pergi ke kedai dengan motor.
10. Voy al cine con mis amigos. Aku pergi ke pawagam dengan kawan-kawan aku.
11. Van a la playa con sus companyeros. Mereka pergi ke pantai dengan rakan-rakan mereka. 
12. Vamos a kasa con Luis. Aku pergi ke rumah dengan Lewis. 
13. Voy a la tienda con mi madre. Aku pergi ke kedai dengan emak aku.
14. Vamos al bar con unos estudiantes. Kami pergi ke bar dengan beberapa orang pelajar.

Latehan yang aku sudah perbuat....

Vais vosotros al concierto de musika klasika esta noche?
Yo no voy a pie a klase, voy en autobus.
Tu vas de kompras con tus hermanas.
Los domingos, mi familia y yo vamos a visitar a nuestro tios.
Vais a venir a la cena, vosotros?

Cubaan membuat latehan untuk esok

1. Vamos a komprar la komida. Kami pergi untuk membeli makanan.
2. Voy a estudiar espanyol. Aku pergi untuk belajar bahasa Sepanyol.
3. Van a bailar a la diskoteka. Mereka pergi untuk menari di disko.
4. Voy a dormir de siesta. Aku pergi untuk tidur tengah hari.
5. Despues de desayunar, vamos a ver el museo. Lepas makan pagi, kami pergi untuk melihat muzium.
6. Karlos va a jugar tenis manyana. Karlos pergi untuk bermain tenis esok.
7. Vamos a visitar la Lonja. Kami pergi untuk menziarahi kedai runcit.
8. Voy a leer el libro. Aku pergi untuk membaca buku.
9. Esta tarde, van a visitiar los museos. Petang ini, mereka pergi untuk melawat muzium.
10. Van a comprar la ropa. Mereka pergi untuk membeli pakaian. 

Latehan lanjutan

1. Manyana por la noche, nosotros vamos a visitar el regedor en su kasa. Esok malam kami akan melawat shahbandar di rumahnya.
2. El lunes, ellos van a nadar en la Playa del Carmen. Hari senen, mereka pergi untuk berenang di Pantai Karmen.
3. Mi madre, y yo, el jueves vamos a komprar un coche nuevo. Ibuku dan aku pergi untuk membeli sebuah kereta baru pada hari kames.
4. Mi padre, el lunes proximo va a buskar periodiko viejo. Bapaku, pergi untuk mencari akhbar lama di arkib pada hari senen.
5. En el anyo 2014, yo voy a estudiar en la universidad. Dalam tahun 2014, aku akan belajar di universiti.