Rujukan

Thursday, March 13, 2014

Krimea Isytihar Merdeka dari Ukraine


Parlimen Krimea Isytihar Kemerdekaan dari Ukraine selepas Referendum

Parlimen Republik Autonomi Krimea memakai perisytiharan merdeka dari Ukraine yang diperlukan bagi referendum 16 Mac.

"Kami, ahli parlimen Republik Autonomi Krimea dan Majlis Kota Sevastopol, merujuk kepada Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan seluruh dokumen-dokumen antarabangsa lain, dengan mengambil kira pengesahan kedudukan Kosovo oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 22 Julai 2010, yang menyatakan bahawa perisytiharan merdeka sebelah pihak oleh sebahagian daripada sebuah negara tidak melanggar sebarang norma antarabangsa, membuat keputusan ini", sebut teks perisytiharan tersebut seperti yang diterbitkan dalam media Krimea.

Dokumen tersebut dipakai semasa sidang parlimen tergempar. 78 orang daripada 100 ahli parlimen mengundi untuk perisytiharan merdeka. Parlimen Krimea mengundi untuk merdeka menjadi sebuah negara berdaulat dengan permulaan referendum 16 Mac bagi Republik Autonomi Krimea dan kota Sevastopol untuk menyertai Russia.

Parlimen Krimea menawarkan dua pilihan pada slip undian referendum: Sertai Russia kini, atau sertai kemudian.
  • Parlimen Krimea mendedahkan rekabentuk kertas kotak undi yang akan diguna semasa pengundian.
  • Langsung tiada pilihan untuk rantau itu kekal sebagai wilayah Ukraine.
  • Presiden Ukraine mengisytiharkan referendum tersebut sebagai "haram" dan "penipuan".
  • Beliau menyatakan Russia menolak semua cubaan untuk rundingan.
  • Tidak jelas sama ada petugas awam Ukraine yang terperangkap di rantau itu dibenarkan hak undian.
  • Pihak berkuasa Kiev mengumumkan penubuhan Pengawal Kebangsaan baru.
  • Presiden US Barack Obama akan menerima kunjungan Perdana Menteri Ukraine di Rumah Putih.
  • US memulakan penggalian di Laut Hitam dengan Bulgaria dan Romania.
  • Kumpulan Tujuh Ekonomi Maju mendesak Russia supaya jangan gelojoh merampas Krimea.