Rujukan

Thursday, July 26, 2012

Bahasa Belanda #. 1

Minggu-minggu lepas rumah aku dilawati oleh dua ekor budak Belgium iaitu Daphne dan Cis Dewitte. Depa ni bertutur bahasa Flemish yang nak sama macam bahasa Belanda. Jadi aku terasa tergedik pulak nak belajar bahasa depa walaupun depa sebenarnya boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Jom jangan buang masa kita catat apa benda yang kita ada masuk dalam ni!!!

Perkataan

Lif : Lift
Butang : Knopje
Couch : Bank
Tingkap : Raam
Rumah : Huis (sebut hausy)
Katil : Bed
Buku : Boek (sebut bukh)
Gambaq : Foto
Bunga : Bloem (sebut bellum)
Lukisan : Schilderij (sebut shkhilderai)
Telepon bimbit : Mobiele telefoon
CD : CD (sebut mcm indon sebut)
DVD : DVD (sama mcm ejaan indon)
Anjing : Hond (sebut macam ghound)
Televisyen : Televisie (sebut teyleyvisi)
Cahaya : Licht
Nombor : Nummer
Cermin : Spiegel (bunyi macam spiejou)
Satu cermin : Een Spiegel
Dua cermin : Twee Spiegels

Ayat-Ayat

1. Hang sungguh manis
    Jij bent zo lief 
    (yai bent zou liif)

2. Aku gembira sangat dengan hang
    Ik heb heel veel plezier met jou
    (Ik heb hiel fiel plesier met yaw)

3. Sejuknya!
    Het is koud!
    (het is kaut)

4. Panasnya!
    Het is warm!
    (Het is warrem)

Perkataan-Perkataan Yang Masyhur

Hebat : Cool, vet, super, tof, chill
Keji : Bah! atau gadver(damme) (sebut khadverdamme)

Rasanya bahasa Sepanyol mudah banyak lagi daripada bahasa Belanda tapi aku berasa macam menarik sahaja bahasa ni. Aku nak belajaq dua-dua bahasa Sepanyol dengan bahasa Belanda. Papa pon kalu aku dan, aku hapdet la lagi. Bizi memanjang ja lani... fiuhhh!!!!

Monday, July 2, 2012

Polisi Persaingan EU

Tujuan
 
Tujuan utama diadakan polisi sebegini dalam Kesatuan Eropah adalah untuk menghalang firma-firma daripada mengehadkan persaingan hanya untuk keuntungan nya sahaja.

Punca 
 
Sebabnya adalah apabila satu industri yang terdiri daripada firma tunggal melaksanakan monopoli atau firma-firma kecil yang menjalankan oligopoli, maka firma-firma itu boleh menetapkan harga atau pun pengeluaran sesuatu keluaran. Kedua-dua hal ini meningkatkan lagi lebihan firma tersebut atas pengguna.

Langkah

Perjanjian Rome menjangkakan hal ini lalu meletakkan syarat-syarat bagi menghalang atau mengurangkan kegiatan atau amalan sebegini. Lebih lanjut lagi, ia meneliti jenis-jenis amalan yang boleh mengurangkan persaingan:

1. Kontrak atau persetujuan antara firma boleh mengurangkan atau menghalang persaingan sesama mereka.

2. Mengawal selia pencabulan yang timbul dari firma natural atau pun firma dominan yang dicetuskan.

3. Mengawal gabungan atau pakatan firma.

4. Ada juga peraturan menunjukkan cara bagaimana negara anggota membantu firma-firma yang mungkin menyebabkan ketidakadilan dalam keuntungan.

Ciri-Ciri Utama Undang-Undang Persaingan

Ada tertulis dalam kontrak EU atau Perjanjian Rome. Artikel 81 berkaitan dengan persetujuan menegak dan melintang. Artikel 82 berkaitan dengan pencabulan kedudukan dominan. Peraturan 4064/89 dan modifikasi berkaitan dengan gabungan melalui perundangan ini bukan sebahagian daripada Perjanjian Rome. 

Artikel 81: Persetujuan Melintang dan Menegak

Persetujuan melintang adalah antara firma (penjual) manakala persetujuan menegak pula adalah antara pembeli dan penjual

Artikel ini menghalang sebarang amalan atau persetujuan yang memberi kesan kepada perdagangan antara negara anggota atau menyekat persaingan dalam pasaran bersama.

Fungsi Artikel 81

1. Memperbaiki harga beli atau harga jual

2. Mengehadkan atau mengawal penegluaran, pasaran, pelaburan dan pembangunan teknikal

3. Berkongsi atau membahagi pasaran atau sumber-sumber bekalan

4. Menggunapakai syarat-syarat berbeza untuk transaksi yang sama oleh itu meletakkan setengah pihak dalam ketidakuntungan.

5. Menjadikan kontrak tertakluk kepada penerimaan kontrak-kontrak lain yang tak ada perkaitan.

Larangan dalam Artikel 81 Tidak Terpakai Jika Persetujuan, Amalan dan Keputusan:

1. Membawa kepada peningkatan pengeluaran atau pengedaran barangan.        

2. Membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan teknikal.

3. Tidak berkesan untuk menghapuskan persaingan.

4. Tidak mengenakan sekatan yang tak perlu bagi mencapai matlamat positif.

Bawah Peraturan 2790/1999, Pengecualian Diberikan untuk:

1. Jika saham penjual bawah 30%. Tapi walaupun firma sebegitu tak dapat memperbaiki harga runcit secara terus atau secara tak terus atau kawasan pembahagian atau pengguna sesama sendiri.

2. Pengecualian blok diberikan kepada bahagian pertanian, pertahanan, dan pengangkutan misalnya seperti jalan, landasan, jalan air, marin dan udara. Polisi Pertanian Bersama (CAP) adalah untuk menetapkan harga dan menghalang persaingan.

Perlaksanaan

1. Persetujuan (bertulis) dan amalan (tak bertulis) boleh tertakluk kepada larangan.

2. Tindakbalas selari firma-firma juga tertakluk kepada larangan jika ia menunjukkan bahawa ada cubaan berkomunikasi antara firma. 

3. Persetujuan melintang antara firma yang membawa kepada R&D dibenarkan kecuali jika ia mengakibatkan penumpuan dalam pasaran. 

4. Pengecualian blok selalunya diberikan untuk menjimatkan masa dan mengelakan perlunya memeriksa kes demi kes.

5. Sejak 2004, kawalan sudah menjadi ex-ante. 

6. Semua amalan yang tak disenarai hitam dibenarkan tapi boleh dilarang jika menunjukkan bahawa ia menghalang persaingan. 

7. EU memberi sedikit kuasa dengan membenarkan pihak berkuasa negara anggota memberikan pengadilan dan memberi pengecualian. Hal ini ada kebaikan dan keburukannya. 

Contoh Kes: Persetujuan Melintang dan Menegak

1. Tingkah laku selari (menunjukkan ada pakatan)

1967 kes firma menghasilkan pewarna menaikkan harga.

2. Pakatan harga

1984 Kes pengeluar 40 Wood and Pulp menaikkan harga
  

Polisi Ekonomi dan Matawang Eropah Selepas Pejanjian Lisbon

Pengenalan

 

Perjanjian Lisbon memperkukuh lagi peranan Suruhanjaya dalan polisi ekonomi Kesatuan Eropah (EU). Suruhanjaya mendapat kuasa yang lebih dalam pemantauan bagi memastikan negara anggota mematuhi segala yang diperlukan oleh kesatuan. 

Perjanjian Lisbon menambahbaik lagi pentadbiran ekonomi EU dengan menguatkan lagi polisi matawang EU. 

Polisi ekonomi EU ini memacu polisi ekonomi negara-negara anggota ke arah matlamat yang sama. Ia juga mentakrifkan polisi matawang yang selaras bagi semua negara anggota. Hal ini merupakan matlamat utama dalam memastikan harga yang stabil dapat dikekalkan di seluruh Eropah.

Negara anggota dalam zon Euro iaitu yang menggunapakai matawang Euro sebagai matawang rasmi boleh menggunakan polisi yang khas untuk matawang Euro.

Polisi Ekonomi

Polisi ekonomi EU berdasarkan kepada dua jenis komitmen di pihak negara anggotanya:

1. Garis panduan luas untuk polisi-polisi ekonomi (BGEP). Garis panduan ini berbentuk cadangan-cadangan yang digunapakai oleh Majlis (Council). Matlamatnya adalah untuk mengharmonikan polisi-polisi ekobomi negara anggota dalam matlamat-matlamat yang bersama. 

2. Pakatan kestabilan dan pertumbuhan. Matlamat pakatan ini adalah untuk mengawal defisit negara anggota. Negara anggota perlu mematuhi syarat permulaan berkaitan dengan hutang awam dan defisit kerajaan pusat.

Suruhanjaya (Commission) dan Majlis (Council) akan memastikan negara anggota patuh terhadap garis panduan polisi ekonomi dan syarat permulaan untuk hutang awam. Melalui perjanjian Lisbon, peranan kedua-dua badan ini ditambah perkuat lagi.

Yang terkemudiannya membolehkan amaran diberikan terus kepada negara anggota yang dianggap tidak memenuhi komitmen tersebut. Sebelum ini, Suruhanjaya hanya boleh menghantar permintaan kepada Majlis untuk memaklumkan negara anggota. Apabila amaran sebegini dikeluarkan oleh Suruhanjaya, Majlis boleh lah menggunapakai cadangan yang diberikan kepada negara anggota. Perjanjian Lisbon memperkenal dua penjelasan dalam bidang ini:

1. Negara anggota yang ditujukan amaran tak boleh ambil bahagian dalam undian untuk sebarang cadangan yang dikenakan ke atasnya.

2. Jika negara anggota yang tersebut berada dalam kawasan Euro, hanya negara anggota dalam kawasan Euro sahaja yang boleh ambil bahagian dalam pengundian untuk sebarang cadangan.

Polisi Matawang

Perjanjian Lisbon tidak sepenuhnya mengubah polisi selaras bagi seluruh negara anggota. Pembaharuan utama adalah berkaitan dengan pengiktirafan rasmi terhadap Bank Pusat Eropah (ECB) sebagai satu institusi EU.

Kuasa Parlimen Eropah pula diperkuat berkaitan dengan pindaan statut ECB. Pindaan sebegitu seterusnya bergantung kepada prosedur perundangan biasa.

Polisi Matawang Khas untuk Negara Anggota Pengguna Matawang Euro

Perjanjian Lisbon membuat perubahan ketara atas polisi matawang berkaitan dengan kawasan Euro. Mula-mula Perjanjian Lisbon akan mengesahkan kelayakan eksklusif dalam hal melibatkan polisi matawang EU untuk negara anggota yang menggunapakai Euro (Art. 3 TFEU). 

Perjanjian Lisbon juga mengesahkan untuk pertama kalinya kewujudan kumpulan Euro. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan lagi pertumbuhan kawasan Euro melalui kerjasama rapat antara negara anggota. Negara anggota dalam kawasan Euro boleh mendapatkan autonomi membuat keputusan untuk langkah-langkah tertentu yang memberikan kesan terus kepada mereka. Dalam artikel 136 Perjanjian Lisbon, ada menyatakan bahawa hanya negara anggota kawasan Euro boleh ambil bahagian dalam pengundian langkah-langkah yang bermatlamat untuk:



1. Menyusun dan memantau disiplin bajet negara anggota yang menggunakan matawang Euro sebagai matawang rasmi.

2. Menderaf garis panduan untuk polisi-polisi ekonomi berkaitan dengan matawang Euro dan memastikannya selaras dengan garis panduan luas untuk polisi-polisi ekonomi (BGEP).

Akhirnya Perjanjian Lisbon menawarkan negara anggota yang menggunapakai matawang Euro dengan pilihan untuk membangunkan perwakilan bersama bagi matawang kawasan Euro dalam institusi-institusi kewangan antarabangsa. Selain itu, hanya negara anggota yang menggunapakai matawang Euro boleh mengundi untuk jawatan-jawatan yang mewakili kesatuan di pentas antarabangsa berkaitan dengan isu ekonomi atau matawang kesatuan.