Rujukan

Monday, March 12, 2012

Bahasa Sepanyol: Kata Kerja Ir

Plaza de Kanalejas di Marid

Aduhhhh, aku terlalu malas untuk belajar bahasa asing. Minggu lepas aku sudah belajar pasal benda ni el verbo ir atau kata kerja pergi. Kelas bersama dengan si Maria itu tidak lah begitu menyusahkan cuma aku berasa tidak berminat lagi hendak mempelajari bahasa asing. 

Ada penjodoh kata nama dipanggil sebagai konjugazion.... Macam mana kita hendak ubah-ubah kata ir ini menurut sistem konjugazion?

Ir = Pergi

Yo voy
Tu vas
El va
Nosotros vamos
Vosotros vais
Ellos van

Gunaannya? Kita boleh gabungkan kata kerja ini dengan kata penghubung untuk menyampaikan pelbagai jenis maksud.

Tempat

Ir + a +tempat

Contoh ayatnya

Vamos a la playa.

Teman

Ir + con +orang

Contoh ayatnya

Voy con mis hermanos

Pengangkutan

Ir + en + pengangkutan

Contoh ayatnya

Vais en autobus

Kegiatan

Ir + de + kejadian

Contoh ayat

Vamos de fiesta

Latihan yang sudah aku buat... Serta beri terjemahannya...

1. El va a su kasa. Dia pergi ke rumahnya.
2. Los estudiantes van a la fiesta esta noche. Pelajar-pelajar pergi ke pesta malam ini.
3. Vosotros vais con Alvaro y Karla al centro. Kamu semua pergi bersama Alvaro dan Karla ke pusat.
4. Nosotros vamos en tren a Kastellon. Kami pergi dengan kereta api ke Kastellon.
5. Ellos van a la playa kon sus amigos. Mereka pergi ke pantai bersama kawan-kawan mereka.
6. Esta noche yo voy a una diskoteka. Malam ini aku pergi ke sebuah disko.
7. Manolo y Andres van en avion a Portugal. Manolo dan Andres pergi dengan kapal terbang ke Portugal.
8. Tu no vas con Ana a la montanya? Kau tak pergi bersama Ana ke pergunungan?
9. Hoy yo voy a Korreos. Hari ini aku pergi ke Pejabat Pos.
10. Vamos nosotros a tomar algo esta noche? Jom kita minum/makan sesuatu malam ini?

No comments:

Post a Comment