Rujukan

Sunday, November 10, 2013

Lusophone


Istilah Lusophone merujuk kepada seseorang yang bercakap bahasa Portugis sama ada yang memang penutur bahasa ibunda atau sebagai bahasa tambahan atau hanya mempelajarinya sahaja. Ia merupakan kata sifat yang membawa maksud "Penutur bahasa Portugis". Kata-kata ini sendiri diterbitkan dari nama wilayah Romawi lama di Lusitania yang merangkumi kawasan dalam negara Portugal moden.

Negara berbahasa Portugis adalah seperti negara Brazil, Angola, Cape Verde, Timor Leste, Equatorial Guinea, Guinea-Bissau, Mozambique, Portugal, Sao Tome dan Principe dan rantau pentadbiran Cina khas, Macao. Masyarakat Negara Berbahasa Portugis merupakan badan antarabangsa yang mengandungi lapan negara merdeka yang menggunakan bahasa Portugis sebagai bahasa resmi. Negara-negara ini dirujuk sebagai "Lusosphere". Setengah ahli linguistik pun menghujahkan bahawa Galicia di Sepanyol termasuk dalam Lusosphere. 

Masyarakat diaspora di AS, Kanada, Venezuela, Afrika Selatan dan Eropah Barat juga merupakan pusat pembelajaran bagi bahasa Portugis, mereka selalunya bercakap-cakap bahasa campuran dengan bahasa Portugis.

Kata "Lusophone" ini berkembang lagi takrifannya sampai kepada orang-orang yang secara kebudayaan dan bahasa berkaitan dengan Portugal sama ada secara sejarah atau secara pilihan. Istilah ini tak mempunyai bau etnik langsung. Sesiapa sahaja boleh jadi penutur bahasa Portugis tanpa perlu ada keturunan Portugis.

Dunia Lusophone ini merupakan warisan empayar Portugis, walaupun diaspora Portugis serata dunia memainkan peranan penting dalam penyebaran bahasa dan budaya Portugis. Walaupun lepas kejatuhan empayar tersebut, negara-negara yang seterusnya tetap memakai kerangka media bahasa Portugis di samping kewujudan Masyarakat Negara Bahasa Portugis pun turut menunjukkan bahawa bahasa Portugis menjadi bahasa sejagat seperti juga bahasa Sepanyol, bahasa Inggeris, dan bahasa Perancis sejak 1996.

No comments:

Post a Comment