Rujukan

Tuesday, November 12, 2013

Strategi Pengajaran Bahasa Portugis


Apabila memperkenal bahasa Portugis kepada penutur bukan bahasa ibunda, kita cuba untuk memotivasikan mereka dengan cara yang sebaik mungkin bagi membolehkan mereka terlibat dengan aktif dan berusaha mencapai keputusan terbaik.

Dalam konteks ini, kita selalunya mula membuat penelitian sejarah dan geografi bagi bahasa Portugis dalam dunia terutamanya di negara Malaysia kerana bahasa Portugis yang berbentuk Creole masih wujud lagi dituturkan oleh keturunan orang Portugis di Ujong Pasir, Melaka.

Secara sejarahnya, Portugal pernah berada dalam pemerintahan orang Arab Moor sebelum abad ke-11 M, dan keadaan ini turut meninggalkan kesan kepada bahasa Portugis, budaya dan juga senibinanya. Hampir 200 perkataan bahasa Portugis diserap masuk dalam bahasa Melayu. Senarai perkataan serapan dari Bahasa Melayu, bahasa Portugis dan bahasa Arab boleh diperguna buat memotivasikan pelajar bahasa Portugis.

Pengalaman menunjukkan bahawa persamaan ketiga-tiga bahasa ini memudahkan lagi pembelajaran serta menggalakkan pelajar lebih rajin belajar. Pelajar mungkin sekali ingin melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan sepatutnya mempunyai minat supata mereka mencapai pemahaman sebaiknya. Peperiksaan Lisan termasuklah juga drama pendek dengan memakai pengetahuan dan kemahiran yang sudah dipelajari serta kreativiti dalam penggunaan warna yang berkaitan serta latar belakang pemandangan dan lain-lain. Persembahan selalunya dicetuskan dengan mengguna idea pelajar sendiri dengan sedikit panduan diberikan oleh guru bahasa dalam bentuk struktur bahasa. Dengan persembahan ini, diharapkan mampu memberikan sedikit gambaran tentang pengajaran bahasa Portugis di universiti.

No comments:

Post a Comment