Rujukan

Sunday, May 6, 2012

Mengapa Italia Terlibat dalam Masalah Krisis Hutang Eropah?

Esok aku perlu membentangkan kepada kelas aku mengenai masalah ekonomi yang dialami oleh negara anggota Kesatuan Eropah. Aku merupakan pelajar pertama dalam kelas yang akan membentangkannya. Jadi aku perlu bentangkan mengenai masalah ekonomi di negara Italia. 

Dalam laporan CNN dalam bulan lapan tahun 2011 oleh Laura Smith-Park ada tersebut bahawa Italia didapati terlibat dalam masalah ekonomi. Kebimbangan bahawa ia mungkin akan menyebabkan kegagalan kepada Italia kerana hutangnya yang besar. Hal ini mungkin menyebabkan kerajaan Italia pimpinan Perdana Menteri Silvio Berlusconi terpaksa meminjam dan meminta bantuan pakar perundangan dalam usaha untuk menyelamatkan pasaran.   

Pasaran saham di Amerika Serikat dan Eropah mula bertenang sedikit di tengah-tengah kebimbangan yang masalah sebegini kelihatan di merata-rata tempat di Eropah dan mungkin membawa kepada kejatuhan ekonomi Italia juga.

Makanya, apakah yang menyebabkan krisis di serata ekonomi ketiga terbesar di Eropah ini? Apakah maknanya kepada Eropah dan dunia jika ia memuncak?

Senior Felo di Institusi Brookings dan bekas ahli lembaga eksekutif IMF, Domenico Lombardi menyatakan bahawa punca masalah di Italia ini adalah disebabkan oleh hutang awam yang besar serta kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah.

Ekonomi Italia meningkat hanya 0.3%. Penting sekali untuk diambil perhatian adalah apabila ia dijangka berkembang pada kadar yang sama tapi lemah untuk beberapa tahun berikutnya. Kadar pertumbuhan ini merupakan kadar pertumbuhan yang paling lemah di dunia. Utama sekali, Italia mempunyai kadar hutang awam yang tinggi.  

Hutang awam Italia mewakili kira-kira 120% keluaran dalam negara kasarnya (GDP). Dalam lain perkataan, ia adalah seperlima lebih dari pengeluaran ekonomi tahunan negara. Ia merupakan yang tertinggi di dunia, setara dengan Yunani yang perlu untuk diselamatkan oleh kerajaan Eropah.  

Dengan dua faktor ini diletakkan bersama dalam Italia, nampak jelas lah bahawa ekonomi tidak akan mampu untuk menjana sumber bagi membayar hutang tersebut.

Ketua eksekutif pusat yang berpangkalan di London bagi Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan, Encik Douglas McWilliams menyatakan bahawa beliau percaya bahawa Italia langsung tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan yang kukuh bagi menghalang nisbah GDP nya daripada meningkat ke tahap yang tak mampan.  

McWilliams turut memberi amaran dalam satu laporan hari Khamis yang Italia "terikat dengan kegagalan" berkaitan hutangnya. Sebagaimana Yunani tak mampu mencari jalan melepaskan diri dari masalah hutangnya, maka hal yang sama juga berlaku dalam kes Italia.

Berlusconi cuba untuk menenangkan kebimbangan tersebut dengan menyatakan kepada Parlimen hari Rabu bahawa cabaran ekonomi yang dihadapi oleh Italia ini perlu dihadapi dengan keazaman dan tidak panik. Berlusconi menyebut bahawa mereka tidak menafikan mereka sedang dalam krisis tetapi bertegas bahawa bank-bank di Italia, institusi dan sistem politik mereka cukup kuat untuk mengatasi masalah ini. 

Berlusconi juga menegaskan bahawa ekonomi Italia adalah kukuh. Bank-bank Italia juga kukuh. Institusi kewangan dipermodal dan mempunyai kecairan. Mereka di bahagian kewangan berjaya mengatasi ujian-ujian tekanan. Walau bagaimanapun, ucapan Berlusconi itu ringannya menyentuh langkah dasar konkrit. Penganalisis menyatakan bahawa ia mungkin tak cukup untuk menghalang spekulator pasaran yang kini sedang memerhatikan Italia untuk dijadikan mangsa.   

No comments:

Post a Comment