Aduhai!!! Nasib aku sungguh malang sekali. Hari Selasa 8hb ini aku perlu membuat pembentangan dalam bahasa Sepanyol. Sedangkan hari Isnin sebelumnya aku perlu juga membentangkan mengenai krisis iktisadi di negara Itali untuk kelas major aku di depan Prof. Suresh Narayan. Petang besok pada 7hb aku perlu juga bertemu dengan Dr. Noraida bagi membetulkan tesis aku. Pada 25 hb pula aku ada pembentangan ekonomi lagi dengan Dr. Goh. Mengapa serumit ini????!
Aku tak tahu tajuk apa yang perlu aku ketengahkan dalam kelas bahasa itu. Yeee, menyampah betul aku kepada Ambigapatti Pandiyan. Ini semua mesti sebab cadangan mereka di pusat bahasa memaksa pelajar ijazah lanjutan mengambil kelas bahasa Eropah di situ. Aku bukan tak berminat dengan kelas bahasa Sepanyol tapi ijazah kami ini bukan ijazah bahasa asing dan kelas itu pun menyebabkan kepala aku pening sahaja. Ia adalah ijazah mengenai siyasah dan iktisad Kesatuan Eropah.
Mungkin aku boleh bercakap mengenai telenovela kegemaran aku dalam bahasa Sepanyol kah? Contoh telenovela macam mana ya? Apa kata aku buat mengenai telenovela Amerika Selatan berjudul Yo soy Betty la Fea? Lagi pun hanya 10 minit sahaja, wakakakaka. Bahasa Sepanyol nya dah ada dalam wikipedia buat apa aku nak pening-pening. Aku cuma perlu buat papan judul untuk benda ni dalam Power Point sahaja. Esok aku boleh ke kedai komputer sebab komputer aku ni mangkuk sedikit.
Sekarang aku kena mengkaji sedikit dahulu apa yang perlu aku masukkan dalam papan Power Point dan catatkannya ke dalam buku nota aku. Mungkin aku boleh guna laman blog bodoh ini untuk merekodkan apa yang akan aku buat dalam kelas nanti. Harap segalanya berlalu segera. Aku bosan nak mampos di sini!
No comments:
Post a Comment