Rujukan

Monday, July 2, 2012

Polisi Ekonomi dan Matawang Eropah Selepas Pejanjian Lisbon

Pengenalan

 

Perjanjian Lisbon memperkukuh lagi peranan Suruhanjaya dalan polisi ekonomi Kesatuan Eropah (EU). Suruhanjaya mendapat kuasa yang lebih dalam pemantauan bagi memastikan negara anggota mematuhi segala yang diperlukan oleh kesatuan. 

Perjanjian Lisbon menambahbaik lagi pentadbiran ekonomi EU dengan menguatkan lagi polisi matawang EU. 

Polisi ekonomi EU ini memacu polisi ekonomi negara-negara anggota ke arah matlamat yang sama. Ia juga mentakrifkan polisi matawang yang selaras bagi semua negara anggota. Hal ini merupakan matlamat utama dalam memastikan harga yang stabil dapat dikekalkan di seluruh Eropah.

Negara anggota dalam zon Euro iaitu yang menggunapakai matawang Euro sebagai matawang rasmi boleh menggunakan polisi yang khas untuk matawang Euro.

Polisi Ekonomi

Polisi ekonomi EU berdasarkan kepada dua jenis komitmen di pihak negara anggotanya:

1. Garis panduan luas untuk polisi-polisi ekonomi (BGEP). Garis panduan ini berbentuk cadangan-cadangan yang digunapakai oleh Majlis (Council). Matlamatnya adalah untuk mengharmonikan polisi-polisi ekobomi negara anggota dalam matlamat-matlamat yang bersama. 

2. Pakatan kestabilan dan pertumbuhan. Matlamat pakatan ini adalah untuk mengawal defisit negara anggota. Negara anggota perlu mematuhi syarat permulaan berkaitan dengan hutang awam dan defisit kerajaan pusat.

Suruhanjaya (Commission) dan Majlis (Council) akan memastikan negara anggota patuh terhadap garis panduan polisi ekonomi dan syarat permulaan untuk hutang awam. Melalui perjanjian Lisbon, peranan kedua-dua badan ini ditambah perkuat lagi.

Yang terkemudiannya membolehkan amaran diberikan terus kepada negara anggota yang dianggap tidak memenuhi komitmen tersebut. Sebelum ini, Suruhanjaya hanya boleh menghantar permintaan kepada Majlis untuk memaklumkan negara anggota. Apabila amaran sebegini dikeluarkan oleh Suruhanjaya, Majlis boleh lah menggunapakai cadangan yang diberikan kepada negara anggota. Perjanjian Lisbon memperkenal dua penjelasan dalam bidang ini:

1. Negara anggota yang ditujukan amaran tak boleh ambil bahagian dalam undian untuk sebarang cadangan yang dikenakan ke atasnya.

2. Jika negara anggota yang tersebut berada dalam kawasan Euro, hanya negara anggota dalam kawasan Euro sahaja yang boleh ambil bahagian dalam pengundian untuk sebarang cadangan.

Polisi Matawang

Perjanjian Lisbon tidak sepenuhnya mengubah polisi selaras bagi seluruh negara anggota. Pembaharuan utama adalah berkaitan dengan pengiktirafan rasmi terhadap Bank Pusat Eropah (ECB) sebagai satu institusi EU.

Kuasa Parlimen Eropah pula diperkuat berkaitan dengan pindaan statut ECB. Pindaan sebegitu seterusnya bergantung kepada prosedur perundangan biasa.

Polisi Matawang Khas untuk Negara Anggota Pengguna Matawang Euro

Perjanjian Lisbon membuat perubahan ketara atas polisi matawang berkaitan dengan kawasan Euro. Mula-mula Perjanjian Lisbon akan mengesahkan kelayakan eksklusif dalam hal melibatkan polisi matawang EU untuk negara anggota yang menggunapakai Euro (Art. 3 TFEU). 

Perjanjian Lisbon juga mengesahkan untuk pertama kalinya kewujudan kumpulan Euro. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan lagi pertumbuhan kawasan Euro melalui kerjasama rapat antara negara anggota. Negara anggota dalam kawasan Euro boleh mendapatkan autonomi membuat keputusan untuk langkah-langkah tertentu yang memberikan kesan terus kepada mereka. Dalam artikel 136 Perjanjian Lisbon, ada menyatakan bahawa hanya negara anggota kawasan Euro boleh ambil bahagian dalam pengundian langkah-langkah yang bermatlamat untuk:



1. Menyusun dan memantau disiplin bajet negara anggota yang menggunakan matawang Euro sebagai matawang rasmi.

2. Menderaf garis panduan untuk polisi-polisi ekonomi berkaitan dengan matawang Euro dan memastikannya selaras dengan garis panduan luas untuk polisi-polisi ekonomi (BGEP).

Akhirnya Perjanjian Lisbon menawarkan negara anggota yang menggunapakai matawang Euro dengan pilihan untuk membangunkan perwakilan bersama bagi matawang kawasan Euro dalam institusi-institusi kewangan antarabangsa. Selain itu, hanya negara anggota yang menggunapakai matawang Euro boleh mengundi untuk jawatan-jawatan yang mewakili kesatuan di pentas antarabangsa berkaitan dengan isu ekonomi atau matawang kesatuan.

No comments:

Post a Comment