Rujukan

Tuesday, November 20, 2012

Hak-Hak Asasi di Kesatuan Europa

Apakah Hak Asasi Itu?

Hak asasi menetapkan piawaian yang paling minima untuk memastikan bahawa seseorang itu dilayan sebagai seorang yang bermaruah. Sama ada ia adalah hak-hak untuk bebas dari diskriminasi berdasarkan umur, kelainan upaya, latarbelakang suku kaum, hak untuk perlindungan data peribadi atau hak untuk mendapatkan keadilan. Kesemua hak ini mestilah dipromosikan dan dilindungi.  

Negara anggota Kesatuan Europa (EU) mempunyai tradisi yang lama dalam mempromosikan hak-hak asasi di benua tersebut. EU sendiri terasas daripada nilai-nilai ini dan sangat komited dalam memastikan hak-hak yang diisytiharkan dalam Piagam Hak Asasi Kesatuan Europa (CFREU). Agensi-agensi Kesatuan Europa untuk Hak Asasi (FRA) ditubuhkan sebagai badan bebas untuk menyokong usaha ini.  

Di sebalik warisan ini, banyak juga cabaran yang menghalang keterusan amalan melindungi hak-hak asasi ini. Menerusi pengumpulan dan penelitian data di EU, FRA membantu institusi-institusi EU dan negara anggota EU dalam memahami dan menangani cabaran-cabaran ini. FRA memainkan peranan penting dalam membantu menjadikan hak-hak asasi sebagai satu realiti bagi barangsiapa yang tinggal di Kesatuan Europa dengan kerjasama institusi EU, negara anggota EU dan pertubuhan dalam peringkat EU dan negara anggota serta antarabangsa  

No comments:

Post a Comment