Rujukan

Thursday, March 28, 2013

Bahasa Gotik

Pengenalan

Bahasa ini adalah cabang bahasa Indo-Eropah, berkaitan dengan kebanyakan bahasa utama di Eropah kecuali bahasa Finland dan bahasa Hungaria. Ia sangat berdekatan dengan bahasa jenis Jerman misalnya bahasa Inggeris, bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Norway, bahasa Sweden, bahasa Denmark dan lain-lain.

Walaupun bahasa ini berkembang sendiri, tetapi ia masih lagi berdekatan dengan bahasa Jerman Primitif yang dibina semula daripada semua jenis keluaran bahasa ini. Dan pengetahuan bahasa Gotik ini secara amalinya merupakan suatu yang berharga untuk pengajian bahasa jenis Jerman lain. Seorang penutur bahasa Jerman pasti akan menemui sebilangan besar perkataan yang setara dengan bahasa Jerman moden dalam teks bahasa Gotik. Mereka juga akan berasa mudah mempelajari bahasa ini.

Seperti bahasa Jerman purba lain, bahasa Gotik ini merupakan bahasa jenis tiruan yang berimbuhan. Kata nama dan pengakhiran kata kerjanya penting demi mendapatkan makna sesuatu ayat. Dengan cara ini, ia sebenarnya menjadi lebih dekat dengan bahasa Latin dan bahasa Yunani jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris atau bahasa Norway.

Kata nama bahasa Gotik mempunyai empat hal iaitu hal penamaan, hal tertuduh, hal kepunyaan dan hal memberi. Ia juga mempunyai dua jenis bilangan iaitu bilangan tunggal dan banyak. Tiga jenis jantina iaitu jantan, betina dan tiada jantina bagi mata benda. Misalnya stains (batu) untuk jantina jantan, barn (bayi) untuk tiada jantina dan baurgs (kota) untuk jantina betina. Semua jantina ini juga mempunyai perkaitan yang tinggi dengan bentuk perkataan contohnya, mengetahui batu sebagai stains, dan kemudian banyak batu pula disebut stainos, maka kita boleh meneka hampir tepat bahawa jantina perkataan tersebut adalah jantan sekali dengan bilangannya. Dalam setiap jantina itu ada beberapa penanda jantina yang boleh dibezakan. Ia terbahagi kepada "kuat" dan "lemah". Kemudian ada lagi cabang pengelasan lanjut.

No comments:

Post a Comment