Rujukan

Monday, March 25, 2013

Bahaya Perdebatan mengenai Imigresyen dan Multikulturalisme

 

Kertas kerja ini diperkenalkan oleh Durukan Kuzu dan dipersembah oleh Prof. Özkırımlı pada hari Isnin 4 hb Februari 2013 di London School of Economics and Political Science (LSE). Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menarik perhatian orang ramai kepada sifat bahaya perdebatan terbaru mengenai imigresyen dan multikulturalisme dalam Eropah yang fobia dengan kepelbagaian budaya. Ia bukan sahaja disebabkan oleh krisis ekonomi, tapi juga oleh krisis normatif iaitu krisis nilai-nilai yang selalunya terlebih diberi perhatian atau diperguna oleh ahli politik dan ahli akademik. Atau mungkin juga sebagai epifenomena yang dianggap akan hilang apabila keseimbangan kewangan dipulihkan.

Prof. Özkırımlı akan menghujahkan dalam konteks ini bahawa nasionalisme (dalam setengah kes mungkin juga perkauman terus) merupakan punca kepada pemahaman mengenai bagaimana timbulnya krisis ini. Ia merupakan perintis yang bertindak sama ada sebagai satu penyebab atau satu punca, dan hampir selalu juga sebagai punca kepada perundangan yang begitu ketat. Diikuti oleh kritikan ringkas daripada kesusasteraan bertulis berkenaan dengan dakwaan tentang "kematian" multikulturalism - bahagian akademik daripada bidang yang sama - beliau akan menyimpulkan dengan melakarkan garisan normatif daripada model alternatif bagi multikulturalisme atau kepelbagaian budaya yang menekankan kepentingan idea berkenaan mengenalpasti, pembahagian semula dan juga penyertaan.

No comments:

Post a Comment