Rujukan

Monday, March 25, 2013

Projek EMILIE

Pendekatan Eropah ke Arah Kewarganegaraan Sah dari Segi Politik dan Cabaran-Cabaran Pendidikan

Gambaran

Projek bidang antara disiplin ini merupakan satu maklumbalas kepada krisis multikulturalisme yang terbaru dan juga kepada kurangnya rangka kerja intelektual yang sama di Kesatuan Eropah (EU) bagi membincangkan cabaran-cabaran yang berkaitan. Sembilan rakan kongsi dipilih daripada sembilan negara iaitu Greece, United Kingdom, Latvia, Belgium, Denmark, Poland, Sepanyol, Perancis dan Jerman sebagai mewakili pengalaman-pengalaman berbeza bagi imigresyen dan integrasi, termasuklah negara yang masih dalam proses perubahan menerima imigresyen.

Ada lima fasa utama bagi kajian:

1. Garis keluar mengenai penghijrahan di negara-negara ini.
2. Penilaian kritikal atas debat berkenaan integrasi dan multikulturalisme.
3. Tiga kes empirik dalam setiap negara.
   
    i) cabaran-cabaran pendidikan yang timbul disebabkan oleh penghijrahan berkaitan kepelbagaian.
   
    ii) cabaran perundangan dengan rujukan khas kepada peruntukan-peruntukan anti-diskriminasi.
   
    iii) cabaran-cabaran politik dengan rujukan utama kepada hak mengundi atau penyertaan sivik.

Kajian kes bersifat etnografi namun menggabungkan jenis-jenis data kualitatif dan kuantitatif, pemeriksaan pengajian pelbagai, kertas-kertas dasar, perbincangan media, temubual kualitatif, nota-nota kerja lapangan dan juga kumpulan fokus yang menjadi aktor utama. Pengetahuan dan perbincangan meluas serta interaksi dengan pengguna akan digabungkan dalam perjalanan kajian.

4. Integrasi pengajian kes kebangsaan melalui menilai semula jenis-jenis cabaran berbeza dan bagaimana jika kedua-duanya saling melengkapi sesama lain dalam setiap negara. Setiap rakan kongsi akan mempertimbang sehingga ke tahap mana negara mereka itu menawarkan "model" berbeza bagi jalinan imigresyen dan apa perbincangan bernilai berkenaan model ini didasarkan.

5. Membandingkan perbualan nilai utama dan memerhati konflik nilai antara negara-negara dikaji dan akan mengenalpasti dimensi Eropah bagi menjalinkan kepelbagaian (perbualan nilai, titik-titik ketegangan, amalan terbaik) dan memperjelas model berteori multikulturalisme bersesuaian dengan pengalaman Eropah dan krisis terkini sebagai asas kepada resolusi rasional kepada panik yang timbul tentang multikulturalisme.

Pendekatan Eropah kepada Multikulturalisme

Bahaya Perdebatan mengenai Imigresyen dan Multikulturalisme

 

Kertas kerja ini diperkenalkan oleh Durukan Kuzu dan dipersembah oleh Prof. Özkırımlı pada hari Isnin 4 hb Februari 2013 di London School of Economics and Political Science (LSE). Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menarik perhatian orang ramai kepada sifat bahaya perdebatan terbaru mengenai imigresyen dan multikulturalisme dalam Eropah yang fobia dengan kepelbagaian budaya. Ia bukan sahaja disebabkan oleh krisis ekonomi, tapi juga oleh krisis normatif iaitu krisis nilai-nilai yang selalunya terlebih diberi perhatian atau diperguna oleh ahli politik dan ahli akademik. Atau mungkin juga sebagai epifenomena yang dianggap akan hilang apabila keseimbangan kewangan dipulihkan.

Prof. Özkırımlı akan menghujahkan dalam konteks ini bahawa nasionalisme (dalam setengah kes mungkin juga perkauman terus) merupakan punca kepada pemahaman mengenai bagaimana timbulnya krisis ini. Ia merupakan perintis yang bertindak sama ada sebagai satu penyebab atau satu punca, dan hampir selalu juga sebagai punca kepada perundangan yang begitu ketat. Diikuti oleh kritikan ringkas daripada kesusasteraan bertulis berkenaan dengan dakwaan tentang "kematian" multikulturalism - bahagian akademik daripada bidang yang sama - beliau akan menyimpulkan dengan melakarkan garisan normatif daripada model alternatif bagi multikulturalisme atau kepelbagaian budaya yang menekankan kepentingan idea berkenaan mengenalpasti, pembahagian semula dan juga penyertaan.

Friday, January 25, 2013

Bahasa Irish: Dalam Kelas

Frasa Ayat

Rang
Kelas

Tar isteach
Mari sini

Sui sios
Duduk

An duigean tu?
Kau faham? 

Tuigim
Aku faham

Ni thuigim
Aku tak faham

An bhfuil a fhios agat?
Kamu tahu?

Ta a fhios agam
Aku tahu

Nil a fhios agam
Aku tak tahu

Conas a derfa "school" as Geilge?
Bagaiman kamu kata "school" dalam bahasa Irish?

Bain triail as
Cuba lah

Abair go mall e, ma's e do thoil e!
Tolong sebutnya dengan perlahan!

Daltai n Gaeilge

Huruf Portugis

 
Huruf Ejaan Bahasa Portugis

A ah B bey C sey D dey E eh F eff G zhiey H ekah I ii J jote L ell M emm N enn O oh P peh Q ke R err
S ess T tey U uu V vei X shiesh Z ziey

Huruf Pupus

Huruf ini hanya wujud dalam bahasa Portugis pasar di wilayah-wilayah bekas jajahan Portugal misalnya di Melaka. Bahasa Portugis moden sudah tidak menggunakan huruf-huruf ini lagi...

K kahppe W dublevei Y ii griego

Tuesday, November 27, 2012

Butiran Perundangan Pengurusan Politik Kehadiran Muslim


1. Model Hubungan antara Negara dan Agama

Sebagaimana Islam dikenali umum, ia sudah mengalami proses perubahan berturutan daripada sejenis agama yang dianuti oleh pendatang asing kepada agama yang mewarnai corak kehidupan dan realiti kepada Eropah moden. Proses ini memerlukannya diikuti oleh tindakan yang sesuai dalam kedudukan untuk membenarkan masyarakat Islam berintegrasi sepenuhnya dalam model Eropah bagi hubungan antara negara dan agama.

Sebelum proses penubuhan institusi, kestabilan dan intipati disempurnakan maka pembentukan Islam menurut acuan Eropah akan kekal menjadi tanda tanya. Proses ini mesti diteruskan dan dilaksanakan tanpa sebarang ketidakpastian dan kelewatan kerana ia melibatkan pembawaan perubahan yang relevan kepada undang-undang di kebanyakan negara anggota Kesatuan Eropah (EU). Di samping itu, ia juga akan turut mempersoal amalan-amalan tradisional yang diamalkan oleh umat Islam di Eropah yang tidak sepadan dengan undang-undang tersebut.     

Langkah pertama terkandung dalam pengenalan ciri-ciri asas kepada konteks yang mana hubungan negara dan agama membentuk benua Eropah kerana dalam kerangka ini, Islam perlu mencari kedudukannya dan ruangnya sendiri. Walau bagaimanapun, model hubungan antara negara dan agama di Eropah tak patut dianggap sebagai skema yang statik dan rigid yang kelihatan seperti satu sekatan yang dikenakan kepada sebarang masyarakat beragama yang baru muncul dalam pemandangan kemasyarakatan Eropah. Sebaliknya juga, ia patut dicadangkan sebagai satu realiti yang dinamik, dalam kedudukan untuk menurut kepada tuntutan yang diperlukan oleh perubahan-perubahan yang terjadi dalam masyarakat Eropah. 

Tiada satu pun model yang pernah dikuatkuasakan di Eropah untuk mengatur perhubungan antara negara dan agama. Ada banyak jenis model dalam negara-negara di benua ini seperti juga negara dan benua lain dalam dunia. Walau bagaimanapun, tiga prinsip yang sama berulang dalam kesemua ini walaupun dalam bentuk-bentuk yang berbeza. 

Prinsip pertama terkandung dalam kebebasan beragama peribadi. Ia membayangkan bahawa kepercayaan agama perseorangan itu tidak relevan dengan kenikmatan dalam hak-hak awam dan politik. Dalam lain perkataan, kesaksamaan dalam hak awak dan politik dan secara tak langsung pengharaman diskriminasi berdasarkan latarbelakang agama. Kebebasan beragama secara perseorangan dipastikan oleh persetujuan dan perhimpunan yang ditandatangani oleh negara-negara Eropah dan juga oleh undang-undang berperlembagaan mereka.   

Sudah tentu, ia tidak bermakna bahawa tiada diskriminasi agama wujud dalam sesetengah negara. Sebagai contoh, kebanyakan pihak berkuasa negara mesti menganut agama resmi negara. Walaupun dibekali dengan nilai simbol yang agak banyak, peraturan ini walau bagaimanapun, hanya mempunyai perkaitan dengan sedikit sahaja orang. Umumnya, boleh dikatakan bahawa di kedua-dua Eropah Barat dan Eropah Timur, antara gereja Katolik Roma dan begitu juga dengan gereja Protestan dan Ortodoks, seorang murtad, seorang ateis atau seorang penganut agama minoriti tidak mengalami sebarang penyusutan dari segi hak awam dan politik disebabkan oleh sesiapa dalam kalangan rakyat disebabkan oleh agamanya.  

Pembezaan antara Negara dan Gereja mewakili prinsip yang kedua. Pada satu ketika, ia mengurniakan autonomi kepada badan-badan agama dan negara tidak masuk campur dalam pentakrifan doktrin agama dan hal dalaman pertubuhan agama. Pada satu ketika lagi, ia menekankan kebebasan Negara daripada sebarang pemasakan kekuasaan agama dalam sebarang bentuk pun. Hal ini kerana Negara hanya bergerak berdasarkan kepada kehendak rakyat sahaja.

Kebebasan dan autonomi badan keagamaan mempunyai asas yang kukuh dalam piagam perlembagaan di negara-negara Eropah dan begitu juga dalam beberapa konkordat dan persetujuan yang ditentukan oleh kebanyakan mereka dengan beberapa masyarakat beragama. Sudah tentu terdapat beberapa negara yang mengehadkan autonomi masyarakat beragama sebagai contoh, uskup dilantik oleh kepala Negara dan menteri-menteri agama dianggap sebagai kakitangan awam. Walau bagaimanapun, dalam negara tersebut, autonomi masyarakat beragama semakin dianggap sebagai turutan penting kepada prinsip kebebasan beragama secara terkumpul. Oleh itu, had yang dikenakan oleh pihak berkuasa Negara mesti dihentikan juga.

Perubahan terbaru dalam peranan Negara-Gereja di Finland dan Sweden (yang juga akan diikuti nanti oleh Norway) merupakan contoh yang jelas bagi haluan ini. Ciri ketiga bagi model Eropah ini mengandungi kerjasama antara Negara dengan agama. Kerjasama ini mungkin berbeza matlamatnya, melibatkan subjek-subjek yang berbeza dan memerlukan kepelbagaian bentuk perundangan. Tetapi, dalam sebarang hal selepas berkahirnya pengalaman ditadbir oleh Komunis, satu kerjasama antara pihak berkuasa awam dengan kumpulan-kumpulan agama dikuatkuasakan di seluruh Eropah.

Walau bagaimanapun, ada juga negara yang tidak mempunyai sebarang perjanjian seperti Belgium dan Ireland dan sama-sama bercorakkan dengan kerjasama besar-besaran dan tidak banyak berbeza dengan sudut pandangan Negara-Negara dalam konkordat yang ditandatangani. 

Tuesday, November 20, 2012

Hak-Hak Asasi di Kesatuan Europa

Apakah Hak Asasi Itu?

Hak asasi menetapkan piawaian yang paling minima untuk memastikan bahawa seseorang itu dilayan sebagai seorang yang bermaruah. Sama ada ia adalah hak-hak untuk bebas dari diskriminasi berdasarkan umur, kelainan upaya, latarbelakang suku kaum, hak untuk perlindungan data peribadi atau hak untuk mendapatkan keadilan. Kesemua hak ini mestilah dipromosikan dan dilindungi.  

Negara anggota Kesatuan Europa (EU) mempunyai tradisi yang lama dalam mempromosikan hak-hak asasi di benua tersebut. EU sendiri terasas daripada nilai-nilai ini dan sangat komited dalam memastikan hak-hak yang diisytiharkan dalam Piagam Hak Asasi Kesatuan Europa (CFREU). Agensi-agensi Kesatuan Europa untuk Hak Asasi (FRA) ditubuhkan sebagai badan bebas untuk menyokong usaha ini.  

Di sebalik warisan ini, banyak juga cabaran yang menghalang keterusan amalan melindungi hak-hak asasi ini. Menerusi pengumpulan dan penelitian data di EU, FRA membantu institusi-institusi EU dan negara anggota EU dalam memahami dan menangani cabaran-cabaran ini. FRA memainkan peranan penting dalam membantu menjadikan hak-hak asasi sebagai satu realiti bagi barangsiapa yang tinggal di Kesatuan Europa dengan kerjasama institusi EU, negara anggota EU dan pertubuhan dalam peringkat EU dan negara anggota serta antarabangsa.   

Pandangan dan Natijah Politik Bahasa Galego


Pandangan Bertentangan tentang Bahasa Galego

Menurut pandangan resmi Institut Bahasa Galego, bahasa Galego dan bahasa Portugis mesti dianggap sebagai bahasa-bahasa yang berdiri sendiri. Sistem ejaan bagi bahasa Portugis nampak berbeza disebabkan oleh bercabangnya bentuk sebutan, dan disebabkan oleh konvensi penggunaan sistem penulisan bahasa Castilia yang banyak meninggalkan ciri-ciri bahasa Galego misalnya seperti vokal terbuka dan tertutup yang tak wujud dalam bahasa Sepanyol.

Institusi resmi yang menyusun bahasa Galego, disokong oleh kerajaan wilayah Galego dan universiti-universiti, Akademi Diraja Galicia, mendakwa bahawa bahasa Galego harus dianggap sebagai bahasa Romawi yang berdiri sendiri. Ia tergolong dalam bahasa-bahasa Romawi dalam Semenanjung Iberia dan mempunyai ikatan kuat dengan bahasa Portugis dan loghat-loghat di utara Sepanyol. 

Bagaimana pun, Associacom Galega da Lingua dan Academia Galega da Lingua Portuguesa yang dimiliki oleh pergerakan integrasi semula, menyokong bahawa idea perbezaan antara bahasa Galego dan bahasa Portugis cukup untuk menganggap kedua-dua bahasa ini adalah bahasa yang berbeza. Galego moden hanyalah satu kepelbagaian loghat dalam bahasa Galego-Portugis, bersama-sama dengan bahasa Portugis Brazil dan bahasa Portugis Afrika. Bahasa Portugis Galego masih dituturkan di Extremadura Sepanyol misalnya loghat Fala dan lain-lain loghat.

Natijah Politik 

Hubungan yang melibatkan bahasa Galego dan bahasa Portugis boleh dibandingkan dengan hubungan antara bahasa Macedonia dan bahasa Bulgaria, antara bahasa Aromania dengan bahasa Romania, bahasa Occitan dan bahasa Catalan atau bahasa Inggeris dengan bahasa Skot Tanah Datar. Hal ini disebut sebagai pertelingkahan bahasa yang berdekatan dengan tafsiran politik.

Sikap yang berlawanan ini banyak mempunyai natijah politik yang berbeza-beza. Memandangkan bahasa Galego merupakan bahasa yang bebas akan mengurangkan perhubungan antara orang Galicia dengan kebudayaan Portugis, menjadikan bahasa Galego sebagai bahasa kecil dengan kurang nya kemampuan untuk menangkis pengaruh bahasa Sepanyol yang merupakan bahasa resmi.

Di samping itu, memandang bahasa Galego sebagai sebagian daripada bahasa berbunyi Portugis, tanpa menafikan ciri-cirinya tersendiri seperti bahasa Jerman Switzerland dengan bahasa Jerman, akan menukarkan dominan kebudayaan daripada Sepanyol kepada Portugis. Walaupun sukar hendak menjelaskan kedudukan politik bagi mana-mana pihak yang condong kepada salah satu pandangan, pengolehan bahasa Galego sebagai satu bahasa yang bebas secara amnya dikaitkan dengan pemikiran politik yang dikaitkan dengan struktur politik dan pentadbiran orang Sepanyol.

Sesetengah sarjana menggambarkan situasi ini sebagai satu kesinambungan, daripada kepelbagaian bahasa Galego dan Portugis dalam satu kelampauan kepada bahasa Sepanyol di sudut lain nya. Ia menunjukkan perubahan kebahasaan yang sempurna daripada bahasa Galego ke bahasa Sepanyol. Pandangan kelompok jalinan semula lebih dekat kepada kelampauan Portugis dan kelompok pemencilan pula lebih dekat dengan kelampauan mencondong ke Sepanyol.