Rujukan

Tuesday, November 6, 2012

Bahasa Gallo di Brittany

Bahasa Gallo sebagai Bahasa Asli di Wilayah Brittany

Brittany mempunyai dua bahasa asli iaitu bahasa Gallo dan bahasa Breton. Bahasa Breton dituturkan di sebelah barat wilayah Brittany dan tergolong dalam kumpulan bahasa Keltik. Manakala bahasa Gallo dituturkan di sebelah timur wilayah Brittany dan tergolong dalam kumpulan bahasa Romawi.

Bahasa Gallo ini sangat dekat sekali dengan bahasa Perancis dan juga berhubungan rapat dengan bahasa-bahasa wilayah lain yang dituturkan di utara negara Perancis dan negara Belgium seperti bahasa Picard, bahasa Norman, bahasa Angevin, bahasa Poitevin atau bahasa Wallon. Semua bahasa ini disebut sebagai bahasa-bahasa Oil dalam bidang ilmu kebahasaan dan semuanya berasal dari bahasa Latin yang dituturkan di wilayah Gaul dalam jajahan Romawi.  

Asal-Usul

Bahasa Latin dituturkan di semenanjung Armorika selepas penaklukan Romawi di barat Gaul sekitar abad pertama sebelum masehi. Bahasa Latin mulanya bertembung dengan bahasa Keltik-Gaul tempatan dan menjelang abad ke-8 M ia mula berpecah dari bahasa Latin menjadi bahasa Gallo yang kita ketahui hari ini.

Ketibaan beramai-ramai pendatang Breton dari pulau Britania pada awal abad pertengahan menjadikan bahagian barat wilayah Brittany sebagai bahagian berbahasa Breton. Walau bagaimanapun, bahasa Gallo masih lagi dituturkan sebagai bahasa tempatan di sebahagian wilayah timur semenanjung wilayah Breton termasuk lah oleh penduduk Duchy dan di bandar-bandar utama seperti Nantes dan Rennes. Dokumen dari zaman Duchy of Brittany juga menunjukkan bahawa bahasa Gallo digunakan secara meluas dan digunakan juga dalam bahagian wilayah yang berbahasa Breton.

Sebagai bahasa dalam kelompok bahasa Romawi, perbendaharaan kata dan tatabahasa bahasa Gallo berasal dari bahasa Latin. Bahasa Gallo ada juga mengekalkan beberapa perkataan dari bahasa Gaul purba yang bercampur dan dipinjam dari bahasa jenis Jerman seperti bahasa Skandinavia dan bahasa Frank yang berada dalam bahasa Perancis lama dan bahasa Norman. Perkataan-perkataan dalam bahasa Gallo yang dipinjam ini ada juga dalam bahasa Oil yang lain. Walaupun dekat tetapi kurangnya pertembungan antara bahasa Gallo dan bahasa Breton walaupun ada beberapa perkataan bahasa Breton yang digunapakai dalam loghat bahasa Gallo di bahagian barat.

Sejarah Ketahanan Bahasa Gallo

Berikutan Perjanjian Kesatuan Brittany dan Perancis dalam 1532, Brittany hilang kemerdekaannya dan menjadi wilayah kepada kerajaan Perancis. Tujuh tahun kemudiannya, iaitu pada 1539, Piagam Villers-Cotterêts melaksanakan rang undang-undang menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa resmi Perancis. Bahasa Gallo digantikan dengan bahasa Perancis dalam semua urusan surat menyurat kerajaan dan pihak berkuasa, menyebabkan bahasa Gallo dan juga bahasa Breton hilang kedudukan resmi di wilayah nya sendiri.  

Dianggarkan bahasa, sebelum pendidikan wajib diperkenal di Perancis pada abad ke-19, bahasa Perancis merupakan bahasa asing kepada orang ramai yang tinggal di wilayah jajahan Perancis. Ia cuma dituturkan oleh sebanyak 14 juta jiwa daripada keseluruhan 39 juta jiwa. Pada masa ini, bahasa wilayah Perancis cuma dikenali sebagai bahasa Patois.

Bahasa Perancis bahasa yang ditutur ramai selepas Perang Dunia I. Hari ini, bahasa Oil selain daripada bahasa Perancis seperti bahasa Gallo, bahasa Norman dan lain-lain hanya dituturkan di kampung-kampung oleh orang tua. Bahasa itu semua dianggap sebagai "loghat bahasa Perancis yang salah" oleh orang ramai di negara Perancis.

Kedudukan Bahasa Gallo Hari Ini

Pada 1976, sekumpulan peminat bahasa Gallo membangunkan Association des Amis du Parler Gallo yang kemudian dikenali sebagai Bertaèn Galeizz yang bertujuan untuk mempelajari dan memupuk kebolehan berbahasa Gallo di samping cuba mendapatkan pengesahan resmi untuk kedudukan bahasa itu. Kerajaan Perancis sebenarnya bertindak agak tegas terhadap bahasa lain selain bahasa Perancis demi kesatuan penduduk negara Perancis. 

Hari ini, bahasa Gallo dan bahasa Breton walaupun merupakan bahasa asli wilayah dalam negara Perancis pun masih tidak mendapat kedudukan resmi di wilayah mereka sendiri. Perancis merupakan negara terakhir yang tidak mengesahkan persetujuan Piagam Bahasa Minoriti dan Wilayah Kesatuan Eropah dan Konvensyen Rangka Kerja Perlindungan Minoriti Kebangsaan. Oleh itu, tidak ada sebarang statistik berkenaan dengan penutur yang masih berbaki bagi bahasa Gallo dan bahasa Breton di wilayah Brittany.  

Tampak jelas bahawa dalam keadaan sekarang ini, bahasa Gallo berada dalam keadaan yang buruk lebih teruk dari keadaan bahasa Breton yang berjiran dengannya. Dalam pada bahasa Breton mendapat publisiti antarabangsa di luar negara Perancis dan menikmati kedudukan tak resmi dalam masyarakat Breton, bahasa Gallo masih lagi dianggap sebagai bahasa Perancis yang buruk oleh orang ramai. 

Mujurlah ada usaha keras dari peminat bahasa Gallo dan pertubuhan di beberapa kolej di bahagian timur wilayah Brittany yang mengajarkan bahasa Gallo kepada golongan muda. Bahasa Gallo boleh juga dipelajari sebagai kursus pilihan Langue et Littérature de Haute-Bretagne di yang diajarkan di Universiti of Rennes II.

Monday, November 5, 2012

Bahasa Breton: Kata Kerja

Kata kerja dalam bahasa Breton disebut sebagai kentel. Kita ada beberapa geriadur (perbendaharaan kata) dalam bahasa Breton untuk kentel.

Kentel dan Contoh Penggunaan dalam Ayat

Mont, monet 
Pergi
Mont a ran da Gemper.
Aku pergi ke Kemper.

Bout, bezan 
Jadi, dalam bahasa Europa lain ia menjadi be-verb
Lauen on.
Aku bergembira.

Anavezout 
Tahu
Me oar met Brezhonag.
Aku tahu sangat tentang bahasa Breton.

Deskinn
Belajar
Deskit Brezhonag!
Belajar bahasa Breton!

Kreginn
Mula
Kroget am eus da Zeskinn Brezhonag.
Aku mula mempelajari bahasa Breton.

Echuinn
Tamat
Echuet eo va labour ganin.
Aku sudah tamat buat kerja aku.

Debrinn
Makan
Un aval a zebran.
Aku makan sebijik epal.

Evann
Minum
Kafe a evomp.
Kami meminum kopi.

Ober
Buat
Trouz a reont e-pad an noz.
Mereka membuat bising pada waktu malam.

Dont, Donet
Mari
Deus 'ta buan!
Kemari segera!

C'hoari
Main
Deus da c'hoari ganin!
Mari dan bermain lah dengan aku!

Karout
Sayang, Cinta
Karet out ganin!
Aku cintakan mu!

Kaozeal
Cakap
Gant piv e c'hellin kaozeal a-zivout ar gavadenn-se?
Dengan siapa aku akan boleh bercakap tentang jumpaan ini?

Lavarout, Lavaret
Kata
Ha me lavar hag a lavaro...
Dan aku berkata dan akan kata...

Skrivann
Tulis
Ul lizher hir a skrivomp.
Sepucuk surat kami menulis.

Lenn
Baca
Ul levr a lennit.
Sebijik buku kau baca.

Kazout
Benci
Ar big he deus kazet he neizh. (peribahasa)
Seekor burung ciap betina mula membenci sarangnya. 
(Makna dia seorang yang tak suka balik rumah).

Mennout
Mau
Mennout a rit staliann anezho?
Kamu mau pasang nya?

Prederiann
Pikir
Met ma prederian warno ur wech an amzer...
Tetapi apabila aku berpikir tentang mereka dari masa ke masa...

Gwelout, Gwelet
Tengok
Plijet on o welout ac'hanout.
Aku gembira berjumpa engkau.

Sellout
Tengok, Lihat
Sell 'ta piv!
Tengok sapa mari!

Mervel
Mati
Ret eo d'an holl mervel teir gwech...
Semua mesti mati tiga kali...

Komz
Cakap, Sembang
Komzit Brezhoneg d'ho pugale!
Cakap bahasa Breton kepada anak-anak mu!

Labourat
Kerja
Bevomp ha labouromp e Kreiz-Breizh!
Jom tinggal dan bekerja di bandar Brittany!

Gwerzhen : Jual
Kemer : Ambil
Degemer : Terima
Kas : Hantar

Poelladenn

Cuba kita perbuat latehan untuk kita berlatih penulisan dan percakapan bahasa Briton.

1. Tulis perkataan bahasa Breton  bahagian demi bahagian. Buat dua bahagian dalam satu jadual itu dan kemudian tulis perkataan bahasa Breton dan perkataan bahasa Melayu. Kemudian, lipatkan satu bahagian dari salah satu bahagian yang ada perkataan dalam bahasa-bahasa tersebut contohnya lipat bahagian bahasa Inggeris dan tulis perkataan sepadan makna dia di atas kertas. Kemudian cuba pula dalam bahasa yang satu lagi. Yang ini sedikit sukar kerana melibatkan hafalan dan mengingat. Ulangi proses ini selepas beberapa lama sebab banyak kali nya kamu cuba, maka makin mudah bagi kamu mengingati perkataan.

2. Sekarang, cuba ambil kata kerja di bawah ini, kemudian tulis nya dalam kertas.

Skrivañ
Echuiñ
Karout
Kas
Sellout
Mervel
Kregiñ
Kemer
Mont
Dont


Tiap-tiap satu perkataan ini ada lawan kata nya. Tulis semula yang positif bagi kata-kata negatif. Kemudian tutup senarai kata yang asal, tulis pula dalam bahasa Melayu seperti sebelumnya.

Contoh dia:

Karout : Cinta
Skrivañ : Tulis

Dan kemudian tutup pula bahasa Breton, tulis lawan kata dalam bahasa Melayu.

Contoh

Cinta : Benci
Tulis : Baca

Sekarang, tutup bahagian bahasa Melayu dan tulis pula dalam bahasa Breton untuk makna bahagian kedua bahasa Inggeris.

Contoh macam ini:

Benci : Kazout
Baca : Lenn

Tutup bahagian bahasa Melayu, kamu tulis pula lawan kata dalam bahasa Breton.

Contohnya:

Kazout : Karout
Lenn : Skrivann

Kemudian kembali ke awal nya semula

Karout : Cinta
Srivann : Tulis

Terus lah berbuat begini sampai kamu terasa mudah hendak menulisnya tak perlu berkerut-kerut dahi lagi. Kamu akan segera belajar kata kerja ini semasa dalam proses.

Kamu juga boleh menggunakan kata sifat misalnya:

Bras : Besar
Bihan : Kecil

Atau lawan kata sifat

Bras : Bihan

Kamu juga boleh buat latehan dengan kata nama....

Mamm : Ibu
Tad : Bapa

Atau lawan kata nama....

Tad : Mam

Boleh masukkan seberapa banyak perkataan yang kamu...

Ar vaouez vihan.
Seorang wanita kecil.

An den bras.
Seorang lelaki besar.

Atau boleh letakkan lawan kata....

Ar vaouez vihan : An den bras

Banyak jenis kata kamu boleh hafal dengan cara begini... Harap bahasa Briton tidak ditelan zaman. Para pendatang di Eropah boleh lah belajar dan mempopularkan semula bahasa ini. Mana tahu, kamu pun boleh diterima oleh penduduk di wilayah ini dengan bantuan yang kami berikan kepada kebudayaan negeri dan bahasa mereka.

Sunday, November 4, 2012

Bahasa Breton

Bahasa Breton merupakan bahasa orang asli British yang berhijrah ke negeri Brittany di Perancis moden.  Ia merupakan satu cabang loghat bahasa Celtic yang dibawak ke Armorica oleh orang British yang berhijrah semasa awal abad pertengahan. Bahas lain di negeri Brittany adalah bahasa Gallo yang berasal dari bahasa Latin. Ia hampir nak sama seperti bahasa Perancis. 
  
Penutur bahasa Breton ini mula menurun dari sejuta orang penutur pada 1950 kepada 200,000 orang sahaja pada abad ke-21. Ia mula dikelaskan oleh UNESCO sebagai bahasa yang terancam. Pada tahun 2006 sehingga 2011, peratusan murid menghadiri kelas dwibahasa di negeri Brittany meningkat dari 27 peratus sehingga ke 14, 129. 

Contoh Kata Kerja dalam Ayat

1. Me zo o komz gant ma amezeg. 
    Aku bercakap dengan jiran aku.

2. Me a gomz gant ma amezeg bep mintin.
    Aku cakap dengan jiran aku setiap pagi.

Kata Hubung dalam Ayat

1. Ul levr zo ganin.
    Ada buku sama aku.

2. Un died zo ganit.
    Ada minuman dengan mu. 

3. Un urzhiater zo gantan. (maskulin)
    Ada komputer dengan nya.

4. Ur bugel zo ganti. (feminin)
    Ada komputer dengan nya.

5. Ur C'harr zo ganimp/ganeomp.
    Sebijik kereta ada dengan kita. 

6. Un ti zo ganeoc'h. (jamak)
    Sebijik rumah ada dengan kamu.

7. Arc'hant zo ganto/gante.
    Duit ada sama mereka.

Senarai Frasa dalam bahasa Breton

Deuet mat : Persila
Deuet mat oc'h : Sama-sama
Breizh : Brittany
Brezhoneg : Bahasa British
Ty : Rumah
Ti-kêr : Dewan Pekan
Kreiz-kêr : Pusat Bandar 
Da bep lec'h : Semua Arah
Skol : Sekolah
Skol-veur : Universiti
Fest noz : Pesta malam
Kenavo : Selamat tinggal
Ur grampouezhenn : Sebijik lempeng
Krampouezh : Lempeng (jamak)
War vor atav : Selalu di laut

Saja aku pos kan untuk pengenalan. Aku suka bahasa Gaelic semua jenis pun sama ada di Scotland, Ireland, Wales atau di Pulau Manx di negara Britania. Bahasa negeri ni nak semacam kami jugak ada bahasa negeri sendiri yang tak diiktiraf dalam kerajaan persekutuan dan tak ada bantuan dari pihak akademik mahu pun kementerian untuk membantu bahasa minoriti untuk hidup. Bahasa Perancis dan bahasa Inggeris pun aku suka lah di samping bahasa Sepanyol dan bahasa Portugis tapi kalau tau bahasa negeri atau bahasa wilayah lagi bagus senang hendak buat kawan kalau tersangkut di Eropah. Sebagai penduduk dalam negari bekas tanah perlindungan British, kami ada juga belajar sejarah perjuangan orang Gaul di wilayah-wilayah perlindungan Empayar Britania Raya yang lain seperti Scotland dan Ireland. Negara aku secara "persekutuan" nya memang jajahan British, tetapi wilayah aku berasal bukan jajahan sebaliknya merupakan tanah yang dilindungi baginda Queen. Wilayah kami ditadbir tanpa campur tangan pihak British kerana sistem pemerintahan kami sudah begitu moden sekitar abad ke-18 M dan pemimpin kami semuanya berpandangan jauh belajar mengenai negara-negara jiran nya misalnya negara Siam.












Thursday, July 26, 2012

Bahasa Belanda #. 1

Minggu-minggu lepas rumah aku dilawati oleh dua ekor budak Belgium iaitu Daphne dan Cis Dewitte. Depa ni bertutur bahasa Flemish yang nak sama macam bahasa Belanda. Jadi aku terasa tergedik pulak nak belajar bahasa depa walaupun depa sebenarnya boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Jom jangan buang masa kita catat apa benda yang kita ada masuk dalam ni!!!

Perkataan

Lif : Lift
Butang : Knopje
Couch : Bank
Tingkap : Raam
Rumah : Huis (sebut hausy)
Katil : Bed
Buku : Boek (sebut bukh)
Gambaq : Foto
Bunga : Bloem (sebut bellum)
Lukisan : Schilderij (sebut shkhilderai)
Telepon bimbit : Mobiele telefoon
CD : CD (sebut mcm indon sebut)
DVD : DVD (sama mcm ejaan indon)
Anjing : Hond (sebut macam ghound)
Televisyen : Televisie (sebut teyleyvisi)
Cahaya : Licht
Nombor : Nummer
Cermin : Spiegel (bunyi macam spiejou)
Satu cermin : Een Spiegel
Dua cermin : Twee Spiegels

Ayat-Ayat

1. Hang sungguh manis
    Jij bent zo lief 
    (yai bent zou liif)

2. Aku gembira sangat dengan hang
    Ik heb heel veel plezier met jou
    (Ik heb hiel fiel plesier met yaw)

3. Sejuknya!
    Het is koud!
    (het is kaut)

4. Panasnya!
    Het is warm!
    (Het is warrem)

Perkataan-Perkataan Yang Masyhur

Hebat : Cool, vet, super, tof, chill
Keji : Bah! atau gadver(damme) (sebut khadverdamme)

Rasanya bahasa Sepanyol mudah banyak lagi daripada bahasa Belanda tapi aku berasa macam menarik sahaja bahasa ni. Aku nak belajaq dua-dua bahasa Sepanyol dengan bahasa Belanda. Papa pon kalu aku dan, aku hapdet la lagi. Bizi memanjang ja lani... fiuhhh!!!!

Monday, July 2, 2012

Polisi Persaingan EU

Tujuan
 
Tujuan utama diadakan polisi sebegini dalam Kesatuan Eropah adalah untuk menghalang firma-firma daripada mengehadkan persaingan hanya untuk keuntungan nya sahaja.

Punca 
 
Sebabnya adalah apabila satu industri yang terdiri daripada firma tunggal melaksanakan monopoli atau firma-firma kecil yang menjalankan oligopoli, maka firma-firma itu boleh menetapkan harga atau pun pengeluaran sesuatu keluaran. Kedua-dua hal ini meningkatkan lagi lebihan firma tersebut atas pengguna.

Langkah

Perjanjian Rome menjangkakan hal ini lalu meletakkan syarat-syarat bagi menghalang atau mengurangkan kegiatan atau amalan sebegini. Lebih lanjut lagi, ia meneliti jenis-jenis amalan yang boleh mengurangkan persaingan:

1. Kontrak atau persetujuan antara firma boleh mengurangkan atau menghalang persaingan sesama mereka.

2. Mengawal selia pencabulan yang timbul dari firma natural atau pun firma dominan yang dicetuskan.

3. Mengawal gabungan atau pakatan firma.

4. Ada juga peraturan menunjukkan cara bagaimana negara anggota membantu firma-firma yang mungkin menyebabkan ketidakadilan dalam keuntungan.

Ciri-Ciri Utama Undang-Undang Persaingan

Ada tertulis dalam kontrak EU atau Perjanjian Rome. Artikel 81 berkaitan dengan persetujuan menegak dan melintang. Artikel 82 berkaitan dengan pencabulan kedudukan dominan. Peraturan 4064/89 dan modifikasi berkaitan dengan gabungan melalui perundangan ini bukan sebahagian daripada Perjanjian Rome. 

Artikel 81: Persetujuan Melintang dan Menegak

Persetujuan melintang adalah antara firma (penjual) manakala persetujuan menegak pula adalah antara pembeli dan penjual. 

Artikel ini menghalang sebarang amalan atau persetujuan yang memberi kesan kepada perdagangan antara negara anggota atau menyekat persaingan dalam pasaran bersama.

Fungsi Artikel 81

1. Memperbaiki harga beli atau harga jual

2. Mengehadkan atau mengawal penegluaran, pasaran, pelaburan dan pembangunan teknikal

3. Berkongsi atau membahagi pasaran atau sumber-sumber bekalan

4. Menggunapakai syarat-syarat berbeza untuk transaksi yang sama oleh itu meletakkan setengah pihak dalam ketidakuntungan.

5. Menjadikan kontrak tertakluk kepada penerimaan kontrak-kontrak lain yang tak ada perkaitan.

Larangan dalam Artikel 81 Tidak Terpakai Jika Persetujuan, Amalan dan Keputusan:

1. Membawa kepada peningkatan pengeluaran atau pengedaran barangan.        

2. Membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan teknikal.

3. Tidak berkesan untuk menghapuskan persaingan.

4. Tidak mengenakan sekatan yang tak perlu bagi mencapai matlamat positif.

Bawah Peraturan 2790/1999, Pengecualian Diberikan untuk:

1. Jika saham penjual bawah 30%. Tapi walaupun firma sebegitu tak dapat memperbaiki harga runcit secara terus atau secara tak terus atau kawasan pembahagian atau pengguna sesama sendiri.

2. Pengecualian blok diberikan kepada bahagian pertanian, pertahanan, dan pengangkutan misalnya seperti jalan, landasan, jalan air, marin dan udara. Polisi Pertanian Bersama (CAP) adalah untuk menetapkan harga dan menghalang persaingan.

Perlaksanaan

1. Persetujuan (bertulis) dan amalan (tak bertulis) boleh tertakluk kepada larangan.

2. Tindakbalas selari firma-firma juga tertakluk kepada larangan jika ia menunjukkan bahawa ada cubaan berkomunikasi antara firma. 

3. Persetujuan melintang antara firma yang membawa kepada R&D dibenarkan kecuali jika ia mengakibatkan penumpuan dalam pasaran. 

4. Pengecualian blok selalunya diberikan untuk menjimatkan masa dan mengelakan perlunya memeriksa kes demi kes.

5. Sejak 2004, kawalan sudah menjadi ex-ante. 

6. Semua amalan yang tak disenarai hitam dibenarkan tapi boleh dilarang jika menunjukkan bahawa ia menghalang persaingan. 

7. EU memberi sedikit kuasa dengan membenarkan pihak berkuasa negara anggota memberikan pengadilan dan memberi pengecualian. Hal ini ada kebaikan dan keburukannya. 

Contoh Kes: Persetujuan Melintang dan Menegak

1. Tingkah laku selari (menunjukkan ada pakatan)

1967 kes firma menghasilkan pewarna menaikkan harga.

2. Pakatan harga

1984 Kes pengeluar 40 Wood and Pulp menaikkan harga
  

Polisi Ekonomi dan Matawang Eropah Selepas Pejanjian Lisbon

Pengenalan

 

Perjanjian Lisbon memperkukuh lagi peranan Suruhanjaya dalan polisi ekonomi Kesatuan Eropah (EU). Suruhanjaya mendapat kuasa yang lebih dalam pemantauan bagi memastikan negara anggota mematuhi segala yang diperlukan oleh kesatuan. 

Perjanjian Lisbon menambahbaik lagi pentadbiran ekonomi EU dengan menguatkan lagi polisi matawang EU. 

Polisi ekonomi EU ini memacu polisi ekonomi negara-negara anggota ke arah matlamat yang sama. Ia juga mentakrifkan polisi matawang yang selaras bagi semua negara anggota. Hal ini merupakan matlamat utama dalam memastikan harga yang stabil dapat dikekalkan di seluruh Eropah.

Negara anggota dalam zon Euro iaitu yang menggunapakai matawang Euro sebagai matawang rasmi boleh menggunakan polisi yang khas untuk matawang Euro.

Polisi Ekonomi

Polisi ekonomi EU berdasarkan kepada dua jenis komitmen di pihak negara anggotanya:

1. Garis panduan luas untuk polisi-polisi ekonomi (BGEP). Garis panduan ini berbentuk cadangan-cadangan yang digunapakai oleh Majlis (Council). Matlamatnya adalah untuk mengharmonikan polisi-polisi ekobomi negara anggota dalam matlamat-matlamat yang bersama. 

2. Pakatan kestabilan dan pertumbuhan. Matlamat pakatan ini adalah untuk mengawal defisit negara anggota. Negara anggota perlu mematuhi syarat permulaan berkaitan dengan hutang awam dan defisit kerajaan pusat.

Suruhanjaya (Commission) dan Majlis (Council) akan memastikan negara anggota patuh terhadap garis panduan polisi ekonomi dan syarat permulaan untuk hutang awam. Melalui perjanjian Lisbon, peranan kedua-dua badan ini ditambah perkuat lagi.

Yang terkemudiannya membolehkan amaran diberikan terus kepada negara anggota yang dianggap tidak memenuhi komitmen tersebut. Sebelum ini, Suruhanjaya hanya boleh menghantar permintaan kepada Majlis untuk memaklumkan negara anggota. Apabila amaran sebegini dikeluarkan oleh Suruhanjaya, Majlis boleh lah menggunapakai cadangan yang diberikan kepada negara anggota. Perjanjian Lisbon memperkenal dua penjelasan dalam bidang ini:

1. Negara anggota yang ditujukan amaran tak boleh ambil bahagian dalam undian untuk sebarang cadangan yang dikenakan ke atasnya.

2. Jika negara anggota yang tersebut berada dalam kawasan Euro, hanya negara anggota dalam kawasan Euro sahaja yang boleh ambil bahagian dalam pengundian untuk sebarang cadangan.

Polisi Matawang

Perjanjian Lisbon tidak sepenuhnya mengubah polisi selaras bagi seluruh negara anggota. Pembaharuan utama adalah berkaitan dengan pengiktirafan rasmi terhadap Bank Pusat Eropah (ECB) sebagai satu institusi EU.

Kuasa Parlimen Eropah pula diperkuat berkaitan dengan pindaan statut ECB. Pindaan sebegitu seterusnya bergantung kepada prosedur perundangan biasa.

Polisi Matawang Khas untuk Negara Anggota Pengguna Matawang Euro

Perjanjian Lisbon membuat perubahan ketara atas polisi matawang berkaitan dengan kawasan Euro. Mula-mula Perjanjian Lisbon akan mengesahkan kelayakan eksklusif dalam hal melibatkan polisi matawang EU untuk negara anggota yang menggunapakai Euro (Art. 3 TFEU). 

Perjanjian Lisbon juga mengesahkan untuk pertama kalinya kewujudan kumpulan Euro. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan lagi pertumbuhan kawasan Euro melalui kerjasama rapat antara negara anggota. Negara anggota dalam kawasan Euro boleh mendapatkan autonomi membuat keputusan untuk langkah-langkah tertentu yang memberikan kesan terus kepada mereka. Dalam artikel 136 Perjanjian Lisbon, ada menyatakan bahawa hanya negara anggota kawasan Euro boleh ambil bahagian dalam pengundian langkah-langkah yang bermatlamat untuk:



1. Menyusun dan memantau disiplin bajet negara anggota yang menggunakan matawang Euro sebagai matawang rasmi.

2. Menderaf garis panduan untuk polisi-polisi ekonomi berkaitan dengan matawang Euro dan memastikannya selaras dengan garis panduan luas untuk polisi-polisi ekonomi (BGEP).

Akhirnya Perjanjian Lisbon menawarkan negara anggota yang menggunapakai matawang Euro dengan pilihan untuk membangunkan perwakilan bersama bagi matawang kawasan Euro dalam institusi-institusi kewangan antarabangsa. Selain itu, hanya negara anggota yang menggunapakai matawang Euro boleh mengundi untuk jawatan-jawatan yang mewakili kesatuan di pentas antarabangsa berkaitan dengan isu ekonomi atau matawang kesatuan.

Tuesday, June 26, 2012

EU Dibenar Tukar Bajet Negara Bawah Pelan Draf

http://www.telegraph.co.uk/finance/financialcrisis/9355865/EU-would-be-allowed-to-change-countries-budgets-under-draft-plans.html